TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 24 September 2010

Tokek hukumnya berjual beli dan makan...


Tahukah anda tentang binatang in?

Apakah hukumnya makan cicak tokek?.

Harganya juga mahal, apakah hukum berjualbeli cicak tokek?.

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’raaf berikut:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan)

Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais. Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”

Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tidak ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :

عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)

Para ulama’ antaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak. Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar-gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adalah syarat yang mustahil untuk disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-cerita yang bersifat sebagai aji no-moto sahaja? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak di sana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini.

Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.

Wallahu a’alam bisshowab.

Mencari yang halal adalah fardhu bagi setiap umat Islam.

Sumber dari Kakak Werdah

http://202.71.110.81/portal/forums/showthread.php?t=156610&page=4 ( forum tentang halal haram tokek)

8 ulasan:

Werdah berkata...

Salam.

Petik komen saudara Abd Razak di blog kak.. "Kalau ada ulama mengatakan cicak itu haram dimakan maka ada baiknya kita menjauhinya sekali pun bertujuan untuk berubat"...

Unknown berkata...

Hhmm..TOKEK?toket?
inilah pertama kali teman lihat spesis cicak ni...
hiiss..sapalah yg gamak makan menatang nii..?
pengotoq betoi..laa
p/s-kalu sesapa yg dah taksup dgn sesuatu benda tu kalau diberikan nasihat pun lagu siram air ke daun keladi jelah..
serupa perokok tu..ulamak beri fatwa haram pun ..depa bedal semacam je..kan

Yunus Badawi berkata...

Saya tengok pun dah tak lalu. Kena buat jadi kapsullah kalau saya nak makan ngeee

Unknown berkata...

kenapa binatang ni mahal sgt? sy tgk biasa jer...

DUN Behrang 2020 berkata...

Betul le tu...tgk cicak pun teman dh geli geleman...

Unknown berkata...

Salam alimz..
Tq informasi ini...
Saya macam tak yakin..dari awal benda ni war-warkan. Saya berterima kasih mendapat informasi ini..







]

ummu berkata...

assalamualaikum saudara
terima aksih tas entry ni.oh kak werdah dah ada tulis ya tentang cicak ni.
mohon izin ya,akak link kan entry saudara dengan entry akak tapi akak tak dan nak salin semua.

musleh berkata...

Khalid Ibnu Walid meriwayatkan bahawa beberapa daging DABB telah dibawa kepada Rasulullah saw dan diletakkan dihadapan beliau. Baginda memanjangkan tangan sedikit untuk mengambilnya, tetapi salah seorang dari mereka yang hadir berkata : 'Ya Rasulullah, sesungguhnya itu adalah DAGING DABB'. Maka baginda pun menarik tangannya semula. Khalid Ibnu Walid bertanya:'Ya Rasul Allah, Apakah DABB Haram?'. Baginda berkata : 'TIDAK, tetapi ia tidak diketahui oleh orangku dan saya tidak boleh berhadapan memakannya'. Maka Khalid pun mengambil beberapa daging dabb dan memakannya, sementara Rasulullah saw memandangnya"} (Riwayat al-Bukhari 4981, Al-Nasaa'i 4242, dan Abu Daud 3300). Berdasarkan takrir atau diamnya Rasulullah saw, maka Dabb adalah Halal dimakan. Menurut kamus Al-Mawrid, Dabb ini ialah sejenis cicak, yang dinamakan "Dabb Lizard". Ia menyerupai biawak. Ia adalah "Haiwan jenis reptilia yang keras kulitnya".... Ini dizaman nabi... kalau berhujah tu janganlah bercanggah dengan apa yang telah nabi sahkan... DABB itu sekatagori cicak. Janganlah pakai hujah2 lain untu memandai-mandai lebih diri daripada nabi. Janganlah kamu menghukum dengan hujahmu yang menyimpang daripada ajaran rasulullah saw.. wahai abg ustaz..

Link Within

Related Posts with Thumbnails