LONDON - Satu kajian menunjukkan bahawa bersenam bukannya cara terbaik untuk menurunkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu menyatakan penurunan bilangan kanak-kanak yang berjalan ke sekolah dan peningkatkan bilangan orang menonton televisyen didapati bukan penyumbang kepada berat badan.
Menurut kajian itu, kanak-kanak yang pergi ke sekolah dengan menaiki kereta akan menghabiskan masa untuk berlari di taman permainan.
Menurut seorang pakar dari Universiti Aberdeen, Profesor John Speakman, pada tahun 1950an, tidak ada seorang pun yang membeli sebuah basikal senaman dan mengayuhnya di dalam garaj.
Namun, katanya, ketika ini ramai orang yang menggunakan basikal senaman dan mengayuhnya di dalam garaj untuk menguruskan badan.
Justeru, katanya, seseorang manusia kini bukannya tidak aktif jika dibandingkan 20 tahun lalu.
Menurutnya, peningkatan masalah kegemukan sebenarnya disebabkan seseorang itu makan terlalu banyak dan bukannya kurang melakukan senaman. - Agensi
4 ulasan:
Salam Jumaat orang di sini
moga sihat selalu..salawat
dan salam keatas nabi amalan
kita semua..
Kena joging dalam paya tentu boleh kurus..
Nasib baik saya tak bersenam.....
Salam alimaz..rasa perlu bersenam. kena deit yg sihat. Makan kurangkan ..makan banyak boleh undang kegemukan..rasa fakta ini ada logiknya. tetapi bersenam adalah untk mantain sihat. Kita amalkan gaya hidup sihat.
Catat Ulasan