TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 13 Ogos 2010

Blogger Memperkenalkan Sistem Komen Baharu

Mungkin anda sudah perasan ...jikalau sebelum ini para pengguna Blogger agak sukar untuk menguruskan sistem komen mereka, disamping para pengguna perlu melalui sistem CAPTCHA untuk meninggalkan komen kini ia sudah semakin mudah....

Panel Pengurusan Komen Di Blogger


Jika dahulu untuk mengurangkan angka spam pada blog, para pengguna Bloggerr terpaksa mengaktifkan sistem CAPTCHA yang mana sedikit sebanyak membuatkan para pembaca kurang meninggalkan komen. 

Menariknya, kini, kesemua komen di Blogger akan melalui sistem penapisan Google tersendiri, sekaligus menjadikan keperluan CAPTCHA padanya bukan lagi suatu keperluan.

Selain daripada itu, para pemilik blog juga akan dapat melihat panel pengurusan komen yang mana kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada kesemua pengguna. Melaluinya, para pemilik blog bakal dapat melihat kesemua komen pada blog mereka dalam keadaan yang tersusun sama seperti pada WordPress iaitu, komen yang telah diaktifkan, komen yang menunggu pengesahan dan juga komen spam.

Kini, Google memberikan perhatian yang serius pada sistem blog mereka, dimana sedikit demi sedikit fungsi baru diperkenalkan oleh mereka dari masa ke semasa, sekaligus memberikan cabaran yang amat sengit kepada platform blog yang lain, termasuk WordPress.

Sumber cni


6 ulasan:

Iza berkata...

Salam...

Dah perasan ada perubahan subuh tadi....ingatkan td apa yg something wrong...
Blogger.com semakin mantap.
Selamat berpuasa...2 minggu lg mgkin balik Perlis kot.

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik belum lagi perasan akan benda ni... hehehe.. :)

ghimau berkata...

Selamat berpuasa. Salam ziarah ramadhan dari ghimau :)

Solehah berkata...

oo..bru tau..trima kasih.

zulkbo berkata...

salam..
terima kasih info
tak perasan pulak saya
he he...

Abd Razak berkata...

Salam..

Terima kasih untuk info ini, nanti nak tengok juga..

Harap lepas ni setiap komen di blog kita dapat dibalas seperti mana di wordpress..

Link Within

Related Posts with Thumbnails