TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 22 Julai 2010

Guru cabul murid Tahun Satu

ARAU 21 Julai – Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah di Jelempok di sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan yang berusia lingkungan 50-an.

Ketika ditemui di rumahnya di sini, murid berkenaan mendakwa guru berkenaan mencium pipi kirinya di belakang pintu dalam bengkel kemahiran hidup ketika waktu rehat pagi semalam.

“Dia menyuruh seorang murid memanggil saya untuk pergi berjumpanya di bengkel tersebut, setibanya saya di bengkel itu dia menyuruh saya pergi ke belakang pintu bengkel sebelum mencium saya,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, guru berkenaan mengarahkannya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut.

Katanya, ketika kejadian tiada sesiapa berada di dalam bengkel ataupun kawasan berhampiran.

“Saya terperanjat dengan tindakan cikgu lalu lari menyembunyikan diri,” katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, ketika diarah berjumpa guru berkenaan, dia mengandaikan guru itu mahu bertanya mengenai peperiksaan namun sebaliknya yang berlaku.

Murid itu memberitahu, dia mengenali guru tersebut tetapi guru itu tidak mengajarnya dan hanya dilihat selalu bertugas menjaga peperiksaan di sekolah berkenaan.

Akibat kejadian tersebut, murid berkenaan yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba dan penyelamat di sini mendesak keluarganya agar menukarkannya ke sekolah lain.

Sementara itu, bapa murid berkenaan berusia 41 tahun yang berang dengan tindakan guru tersebut telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis pada pukul 8 malam semalam.

“Tindakan guru itu amat melampau, saya bimbang ada murid lain yang akan menjadi mangsa selepas anak saya,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut diberitahu sendiri oleh anaknya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas habis waktu kerja pada pukul 7 malam semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan daripada bapa murid perempuan itu.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan anggotanya diarahkan mengambil keterangan saksi dan suspek yang terlibat di sekolah itu.

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my

Hai la macam2 hal..... takut la zaman sekarang... cikgu dah berumur pun teringin nak buat hal tak senonoh,.... teringat masa mama darjah satu dulu... masih segar diingatan.. Cikgu kemahiran hidup sekolah mama (SKOran) cikgu cina... suka mencabul murid.... cara dia suka duduk belakang murid perempuan dan menggesel anunya pada montot murid perempuan....

Kawan mama selalu kena... bukan dia saja murid yang lain juga kena...... bayangkan dalam murid2 berkumpul reramai buat kerja tangan kemahiran hidup... masa tu la dia buat benda tak senonoh tu..... Nasib baik kawan mama yang kena tu buat report dengan guru besar sekolah.... Last cikgu cina tu kena buang sekolah.... Padan muka....

Cukup phobia bila masuk kelas dia.....

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Tiada lagikah tempat yang selamat buat anak-anak kita? :(

Sharinginfoz berkata...

inilah harapkan pagara pagar yang tak boleh diharapkan

Unknown berkata...

kalau lah anak yg 7 tahun tu anak kita....

Ya Allah jauhi dari segala kemungkinan ni...

mama affan berkata...

2 cikgu x cukup akhlak..x layak jadi cikgu!

Adinda Amy Sensei berkata...

dunia zaman sekarang..

myQza berkata...

ehmm.
mengerikan :((

zulkbo berkata...

salam..
alahai sedihnya..
nampak nya nafsu serakah syaitan
tidak mengenal profesion..simpati

Gee berkata...

duhhh..buat malu kaum cikgu ja...nti pasal nila setitik habis susu sebelanga rosak ne....

penjejak maya berkata...

salam,

pencabul tu tak kenal sape berwaspada la..

Link Within

Related Posts with Thumbnails