TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 23 Jun 2010

UnguKarmila- Novel Thriller Ramli Awang Murshid

Tengahari tadi masa ambik Cupian dengan Cuteri balik sekolah .. mama sempat singgah Library dekat sekolah untuk hantar buku yang dipinjam dulu tu... dah lama buku2 tu dah hampir dua bulan.... 

Tengok hari ni Library buka.... terus hantarkan buku then pinjam lagi..... kali ni mama pinjam cerita triller la pulak.. rasanya ramai yang dah baca buku ni... mama main ambik ja tak tengok pun sinopsis dia....

Rasa macam best ja bila baca sinopsis dia.... ada elemen mistik,dicampur dengan suntikan elemen saintifik dalam pengolahan cerita.....

Sinopsis

Novel ini mengisahkan Vila Sepi yang menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Sementara itu, Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa.

Emmmm mama dah baca sikit part last sekali... ok la...belum layan lagi...


5 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

wife sy suka layan novel2 cenggini...

sI tEDI berkata...

laam x baca novel.

:)
unik tajuknya!

zulkbo berkata...

salam..
nampak menarik
citer ni..bolehlah
pinjam erkk?
he he..

Frodo Baggins berkata...

abang RAM mmg best n beliau pun
in person mmg sorang yg cool!


>>__<<

kakcikseroja berkata...

Novel RAM memang best.. kakcik dah 'khatam' novel ini beberapa lama dulu.. :)

Link Within

Related Posts with Thumbnails