Television dan iklan seumpama hutan dengan jin hutan..... Ia wujud bersama-sama dan tidak mungkin boleh dipisahkan....
Setiap hari, dua puluh empat jam kita dihidangkan dengan pelbagai-bagai jenis iklan untuk menarik minat kita sebagai pengguna. .... Itu yang kita tahu....
Bagaimana pula dengan apa yang kita tak tahu tentang iklan????
- Iklan menguruskan badan akan menunjukkan sebelum dan selepas proses menguruskan badan dan juga proses sebelumnya memakai tudung serta menutup aurat di bahagian dada dan selepasnya tidak.
- Kebiasaannya iklan produk pencerah kulit akan menggunakan model yang sudah sememangnya berkulit cerah dan gebu sebagai simbolik kepantasan produk itu bertindak.
- Ada di antara iklan yang ditayangkan di kaca tv memaparkan pelbagai jenis konsep pelik-pelik walaupun tidak ada kena-mengena dengan barangan yang hendak dijual.
- Purata masa yang diambil oleh penonton untuk menonton iklan di kaca tv adalah lebih panjang daripada daripada masa yang diambil untuk menonton siaran drama ataupun tayangan yang sepatutnya...
- Terimalah hakikat bahawa kebanyakan muka-muka pelakon drama dan filem di kaca tv akan muncul sekali lagi atau lapan ratus kali lagi di dalam siaran iklan pula...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
*sumber majalah APO......*
10 ulasan:
setuju. dah iklan syampu pun same kan =.="
Tak suka betul dengan iklan produk pelangsingan yang mana modelnya sebelum kurus elok bertudung, selepasnya tidak bertudung, berbaju ketat lagi jarang. Ada iklan di media cetak, modelnya bertudung tapi berbaju jarang di bahagian bahu hingga lengan...
mmg tensen kalo tgh baik punya lyn cite pas tu iklan hehe, tp nk wat camne kan.. layan je lah..
Iklan di Tv kita mudah jemu menontonnya..tapi iklan di blog kita tanpa jemu menekannya..he he!
betullah...tp iklan sgt mempengaruhi kehidupan kita kn!
alahai cuteri...ciannya dok tido kat situ....
model iklan tu dah sememangnya cantik..
bukan kat tv aje ada iklan tapi kemana aje kita pergi pasti ada iklan huhuhu
Nasib baik handfon kita tak dihinggapi virus iklan tu, kalau tak jenuh nak delete setiap hari..hehe
mmg selalu tgk camni.. malu pun de masa tgk tu.. yg jadi model tu pun terima ajer.. dan pelik, kebanyakannya adalah melayu..
Catat Ulasan