TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 27 Mei 2010

Mimpi semalam

Salam... Heheh jangan salah faham...bukan mimpi mama atau abah... ni perihal novel mimpi semalam... dah sebulan mama pinjam tak sempat nak membacanya.....

Author: Nadya Dzameera

Publisher: Nylea Publishing

Sinopsis:

Kau cinta pertama yang hadir dalam hidupku. Kasihmu membuai siangku dan mengulitku di kala malam. Tapi dugaan buat kita terlalu banyak sehingga aku hampir saja menyerah. Bersatu denganmu di alam perkahwinan adalah mimpi terindahku. Mampukah aku?

Tak tau pasai pa hari nih mai mood nak membaca novel pulak.... Hari tu lepas pinjam 3 buah novel mama cuma baca satu ja novel .. Gerimis dihati (Syarifah Abu Salem) best jugak cerita dia....

Tajuk : Gerimis Dihati 
Pengarang : Syarifah Abu Salem 
Penerbit : Alaf 21 

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka. Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas. Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Lagi satu novel yang mama pinjam kalau tak silap mama tajuk dia macam kat bawah ni la.... sebab mama tak baca lagi Angah (adik mama) pinjam dia nak baca dulu....

Tajuk : Kalung
Pengarang : Zahida Zarkasi
Penerbit : KarnaDya Solutions 

Sinopsis:
Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila.
Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?

Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti?
Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Sedangkan dia makin menjauh...
Tanpa sebarang berita...
Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung...
Hadiah pemberiannya....

Ok tu saja untuk pagi nih.....

9 ulasan:

myQza berkata...

selamat pagi!

aku dah lama x baca novel!!

Kakcik Seroja berkata...

Novel Gerimis Di Hati tu telah pun diadaptasi menjadi drama TV. Dulu kakcik memang 'gila' membeli dan membaca novel. Tapi seiring peningkatan usia, kegilaan itu tidak lagi berpanjangan... :)

penjejak maya berkata...

salam,

membaca tu jambatan ilmu..

indahhouse berkata...

salam alimaz,
Huwah...kalau saya, 2 buku tu, abis 2 hari. sekali baca, 4 jam tanpa henti.. kihkihkih

Che' Pit berkata...

zaman remaja dulu rajin gak baca novel.. la ni malas dah.. asyik internet jer haha

NzA berkata...

mcm best jerr...novel brtimbun2 ni ttp dh xsmpt nk belek...

Relevan berkata...

Kome suka baca komik ajer..

Azmiezas berkata...

bestnya,..novel baru ke??..

ct norfariza berkata...

mcm da lme tk bc novel....

ct da follow =)

Link Within

Related Posts with Thumbnails