TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 26 Mei 2010

Anak buah tok guru...hampeh...



SEOARANG guru sufi sedang termenung di tepi laut yang sedang bergelora. Renungannya jauh, lama dan mendalam. Tiba-tiba seorang anak muridnya memberi salam dan bertanya, "Apa yang direnung begitu dalam wahai Tok Guru?"

Guru sufi itu tersenyum.

"Aku sedang tafakur mencari hikmah di sebalik laut yang bergelora ini..."

"Tok Guru melihat sesuatu yang tersirat? Tok Guru melihat suatu hakikat?"

Masih tersenyum.

"Sekarang, kau ambil alih tempatku. Renungilah laut yang sedang bergelora ini. Carilah yang tersirat. Selamilah yang hakikat."

Anak muda itu pun memejamkan mata. Diam dan mula bertafakur. Lama kemudian, Tok Guru datang lalu bertanya, "Kau dapat sesuatu yang tersirat daripada tafakurmy?"

"Ya Tok Guru!" jawab anak muda itu gembira.

"Apakah itu?"

"Kalau laut bergelora Tok Guru... harga ikan mahal!"

Tok Guru menggeleng-gelengkan kepalanya.
--------------------------------------------------------------------------------------
*Anak buah tok guru...hampeh....*

10 ulasan:

annfrendly berkata...

hihiikk.. anak buah tok guru hanya ingat makanan aje dalam fikirannya.. memang hampeih..

atty's berkata...

wakakkakaa..makan je ingat nya ..fuh ombak ..takut nengoknya ..

POSH76 berkata...

kelako tullah elok sgt layan time ngantuk ni...hehe

POSH76 berkata...

kelako tullah elok sgt layan time ngantuk ni...hehe

Izan Ishak berkata...

hahaha...ketawa terus izan baca kisah ni! ~mood saya masih ke laut~

kak ina kl berkata...

amboi lawak ek..terul tul anak murid melawan to guru.

Dakjaat™ berkata...

agak kurang faham.. ehehehehe!

FatinSyahirah berkata...

fewwitt. akak dapat award kat sini

http://fatinibrahim.blogspot.com/2010/05/kecomelan-dan-kecantikan-itu-milik.html

NICK IRFAN berkata...

hahahhaha lawak la anak buah tok guru ni ade plak ikan mahal klu bergelora? adoi...

nza berkata...

bertuah punya murid.....

Link Within

Related Posts with Thumbnails