TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 30 Mei 2010

Krim kecantikan jenama terkenal didapati mempunyai kandungan bahan kimia beracun hidrokuinon dan tretinoin yang diharamkan di Malaysia dan Eropah.

Tiada akta khusus menjamin keselamatan produk kosmetik yang dikeluarkan di pasaran, malah pengusaha produk hanya perlu menghantar butiran produk mereka kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa melalui ujian makmal sebelum ia dipasarkan.

Proses yang dipanggil notifikasi itu merupakan satu daripada perjanjian KKM dalam kontrak Kawalan Pemasaran Produk Kosmetik Negara Asean (Kawalan Asean) bagi membolehkan setiap pengeluar produk kosmetik tempatan menembusi pasaran antarabangsa tanpa sebarang halangan perniagaan.

Kedua-dua bahan kimia beracun itu boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. Ia menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Mengulas laporan berkenaan, Mazlan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan penjual atau pengimport kosmetik terbabit kerana ia mengancam keselamatan pengguna.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Sumber *

3 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

kalau nak cantik ikut saja petua2 datuk nenek kita dulu dijamin selamat tiada bahan kimia..

Izan Ishak berkata...

tertanya2 jgk, produk jenama apa ye?

Nina Nurziana berkata...

macam menarik.. huhu~

Link Within

Related Posts with Thumbnails