TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 1 April 2010

April Fool...?haram...


April Fool...april fool.....hatuk kau....

tu la asyik layan FB saja...yang tau pun melagut gambaq memba ...komen sana-sani...main buat ladang la...dah kaya ka buat ladang???...kalau betul kan dah kaya...nie...melangut saja...dah tengok gambaq orang kutuk sana-sini...sebenarnya Fb bukan medan enfo yang bagus pun...kalau setakat nak cari memba boleh la...alimaz...bagi ada saja FB ...

ok...apa la pagi-pagi marah...marah...bukan pa nak cerita sikit ...tentang kejahilan rakan-rakan yang tak tau apa tu April Fool

Mengapa haram menyambut April Fool...?

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’? (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)


Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!� demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day�.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day”? kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.


http://www.eramuslim.com/

26 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Moga anak2 muda sekarang dibekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya....sebab satu ketika dulu Akak juga antara yang jahil dari segi tarikh ni....beberapa tahun kebelakangan ni...Alhamdulillah Allah dah beri petunjuk....Moga kita menjadi Hamba yang lebih baik hari ini dari masa yang telah lalu....Amin!

kakcikseroja berkata...

Semoga budaya 'ikut-ikutan' tidak lagi menjadi kebanggaan kita semua (sama juga dengan hari valentine) - tiada faedahnya pun..

al-lavendari berkata...

ini bukan april fool .. ini benar, awak saya tag. sila lawat laman saya !

etuza berkata...

Salam.
Berdiri bulu roma ni. Terasa dalam tangisan dijiwa saya lepas membaca info alimaz. Ya Allah rupanya...macam itu. Sungguh banyak yang saya tidak tahu.Syukurlah familiy saya tak suka merayakan ni. Alhamdulillah anak-anak bersekolah agama. Kadang bila balik dioang pula beritahu saya..pasal yang saya tak tahu. Tahniah bro alimaz..moga Allah turunkan hikmah penulisan yg bagus ini ...membawa kebaikan.

mamalieyna berkata...

semakin ramai yg jahil bab2 ni kan..sebab takmo ambik tau! dan terikut2..haish..apa nak di kata!

Miecyber @ Sudu berkata...

Tak yah lah kiata ikut budaya orang barat seperti Valentine Day & April Fool Day.Menjejaskan akidah kita sajer jer nanti...

Che' Pit berkata...

hmm masa kecik2 je dulu.. bila dah besar, dah tahu dah, x buat dah

Sharinginfoz berkata...

hmmmmm macam2 le... nanti may fool tak habis2.... taak payah le kan

Buffered Earnings

Yunus Badawi berkata...

Salam Alimaz.

Info yg berguna.

Itulah org kita ini tak tahu hujung pangkal ikut aje sambut. Mcm Valentine day tu jugak.

Werdah berkata...

Salam Alimaz

Mudah2an tidak ada lagi yang terpengaruh dengan April Fool ni. Dulu masa kak mula2 mengajar ada pelajar2 buat April Fool kpd guru2, sungguh kasihan .. tp ni dah berpuluh tahun dah berlakunya.

Sedih, kerana ramai yang tak tahu akan sejarah April Fool lalu nak saja-saja, suka-suka ikut.

LanaBulu berkata...

Anak2 muda dan dewasapun tumpang sekaki meraikan..walaupun tak tahu asal sejarah kejadian hari tersebut...
Yg depa nak ..hanya nak syok saja.. tak kira sensitivti para ilmuan..pasai?
Pendedahan pada mereka ..para belia sangat kurang..
I mean penyedaran adalah hampir zero..
p/s- moga semua kembali sedar..

Mummy Dasy berkata...

dulu masa sekolah mmg jahil pasal ni, tp skang alhamdulillah dah lama x meraikan, tp terkena jek madang sbb kira x raikan takkan ingaat lgsg tarikh ni, tp masih ramai yg meraikan..

nj berkata...

alimaz..
info yang bagus. Manusia selamanya boleh 'ditipu' dengan pelbagai cara...

maiyah berkata...

jgn terpedaya dgn muslihat keseronokan yg sementara ni
yg haram ttp haram

relevan berkata...

Tq Alimaz..info bagus untuk april fool ni..

shaniza berkata...

Salam..
Info yg bagus utk dikongsi dan dihebahkan kpd remaja dan bukan remaja. Terlalu byk penjajahan minda oleh barat sbb tu masyarakat kita masih jahil walaupun mengaku Islam.

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

huhu..sye mmg tak penah sambut april fool ni..valentine tu sume..serabut je la..bukan budaya kite ..tol tak?

xiiinam berkata...

ckLah pun pagi2 tadi dah buat 'pidato piala perdana' marahkan budak2 Melayu yang cuba nak mengapril pulkan ckLah...

mie berkata...

pernsh jugs terbaca ttg ini...
isk isk..

blueCITY® berkata...

salam alimaz,
maceh sharing info ni
bagus..
i mmg sambut 1 april
hari opis i hari ni
ekekekkek...

Nadiah Sidek berkata...

ni la bahana budaya ikut2an. apa yg org lain buat, kita pun nak ikut sama pdhal tak tahu pun kisah sebenar di sebaliknya

"myheart"-abieyazaly- berkata...

salam singgah click...

CRAZYBEAUTIFUL88 berkata...

TQ FOR SHARING THE INFOR

zan-xray berkata...

Harap info2 macam ni semakin luas disebarkan melalaui media dan sudah tentu FB juga boleh membantu.

rasanya sudah kurang orang mengadakan kejutan april fool ni.yang buat ni mereka yg masih tak tau atau malas nak ambil tahu

Nida berkata...

Nida dah pernah baca artikel ni.... sedih apabila masih ada umat Islam yg sambut April Fool ini :(

Azuan berkata...

tak pernah lagi perkena member masa april fool..sebab hari3 buat haha

Link Within

Related Posts with Thumbnails