TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 23 Mac 2010

Sukakah anda kalau......


Image by google

- Orang mengumpat / mengata perihal anda dibelakang...

- Orang mengungkit kisah hidup anda yang lampau walaupun yang mengungkit itu pasangan anda...

- Orang marah-marah / tengking anda dikhalayak ramai...

- Orang mengambil barang anda tanpa kebenaran anda...

- Orang memperlekehkan anda dihadapan orang ramai...

- Orang membandingkan anda dengan orang lain ...

- Orang mengganggu pasangan / suami / isteri anda...

- Ada orang luar yang cuba mengatur kehidupan / rumahtangga anda...

- Anda dipaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan anda...

Nasihat saya kalau anda tidak suka orang lain buat yang tertaip diatas pada anda.... Jangan sesekali anda melakukannya pada insan lain..... Kerana kita sesama Islam atau lebih afdhal lagi sedara seislam....

Apa guna kalau sesama islam saling kutuk mengutuk....umpat mengumpat.... kesilapan yang sekecil hama diperbesarkan....

Atau lebih baik dikatakan begini... Cuba letakkan diri anda dalam kasut orang yang anda berbuat jahat padanya.... apakan perasaan anda.....

kalau anda mengumpat orang... macam mana suatu hari nanti diri anda pula diumpat.... kalau anda mengambil barang orang.... macam mana kalau orang mengambil barang anda....

Kalau anda tidak mahu berkawan dengan orang... Bagaimana suatu hari nanti bila tiada seorang pun yang mahu berkawan dengan anda.... fikir-fikirkan ... renung-renungkan....

----------------------------------------------------------------------------------------
*Buat sekali saudara seislam.... maafkan aku kalau ada kesilapan yang aku lakukan.... aku tak kisah kalian tak mahu berkawan.... aku doakan kebahagian kalian...semoga Allah merahmati hidup kalian....aminnnn...*

16 ulasan:

mama affan berkata...

ye kak..x suka lgsg..tapi kdg2 kat pejabat..ada pihak atasan perangai mcm hampeh..ter ngumpat..huhu..

myQza berkata...

InsyaALlah... hindari dari sikap begitu

Yunus Badawi berkata...

Kebencian org jgn dibuat,
Kesayangan org jgn diambil ....

Sabarlah dan mohon pertolongan dariNya. Dia Maha Kuasa.

Solehah berkata...

betul3 tu..terima kasih sangt2..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

kadang2 kita alpa.

terima kasih di atas ingatan.

(^_^)

Nida n' Hanafi berkata...

mudah2an hari ini lebih baik dari hari esok

ONE ZABA berkata...

sudah pastinya semua orang tak suka.

tapi masih ramai yang suka melakukannya.

Watierman berkata...

Moga Allah sentiasa memelihara kita dari segala kemungkaran....Amin!

Sharinginfoz berkata...

tak suka tak suka...

Bayar Kad Kredit 5%

Keropok Terengganu

Abd Razak berkata...

Salam...

Mengatakan hal orang itu diibaratkan menghina makhluk ciptaan Allah

Moga terhindar dari perbuatan ini.

zan xray berkata...

sesungguhnya kita bukan manusia sempurna. ada masa kita tidak berfikir sebaiknya.
Terima kasih atas ingatan

joegrimjow berkata...

jangan mengumpat
kerana umpatan itu... dah cakap dalam entry tu

CRAZYBEAUTIFUL88 berkata...

tul tu akak sokong 100%

Relevan berkata...

Tidak suka..Orang orang begini amat lemah imannya..dari berkawan dengan orang orang begini..lebih baik kawan hidup menyendiri ..hehe!

nick irfan berkata...

kak!!!!!!!!!!!!!! msuk blog sy nama akak ade!!!!!!!!! hehehe

Werdah berkata...

Rasulullah saw bersabda, "Allah swt mengharamkan darah, harta, dan kehormatan seorang Muslim".

Berghibah dengan hati juga dengan lisan itu haram, kecuali jika itu memang sesuatu yang mesti diketahui. Ghibah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw adalah membicarakan orang tentang sesuatu yang dibencinya jika ia mengetahui dan mendengar meskipun itu adalah benar-benar kenyataan.

Seseorang disebut-sebut di hadapan Rasulullah saw dengan berkata. "Ia sangat lemah!" Mendengarkan itu baginda saw terus berkata : "Engkau telah mengumpatnya".

'Aisyah rha menyebut Safiyyah rha seraya mengatakan ini dan itu dengan memberikan isyarat dengan tangannya yang bermaksudnya : "Safiyyah bertubuh pendek". Rasulullah saw bersabda, engkau telah mengumpatnya". 'Aisyah berkata; "Wahai Rasulullah, bukankah ia memang pendek?" Baginda saw menjawab, "Engkau telah menyebutkan hal yang terburuk daripada dirinya". (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Tirmizi)

Sama-samalah kita mengawasi diri kita daripada perkara terlarang ini..

Link Within

Related Posts with Thumbnails