TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 22 Mac 2010

Sejuk bu....



IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin....berita Metro hari ini....

Jika bayi ini boleh bercakap pasti akan ditanya ibunya....begini....

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....sampai hati bu tinggalkan adik....bu...bu tolong adik sejuk....

8 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

entahlah semakin menjadi2 benda macam ni ..

NzA berkata...

sedihkn....bila buat syok xhinggat dunia, bila dh jd main buang brsepah2 cam sampah je..

Haslina Mohamad berkata...

Salam..


Sedih....Manusia skrang ni dah semakin kejam kan..
Tak apalh..biarlah sikecil ni berehat di alam yg lebih nyaman di sana..
Wallahualam..

Unknown berkata...

salam..memang teruk tul lah ibu yang buat dan buang anak ni...tak ada hati perut langsung.

sonata anak kancil berkata...

ibu & bapa tidak bertanggungjawab

nick irfan berkata...

semoga org yg ade niat nk buang bayi baca entry akak ni... biar dorg insaf sikit..amin... ha! nama akak ad dlm cerita sy tp episod last2 sikit? hehe sory yer kak...

Solehah berkata...

sedih baca..
kalau yang ditakdirkan meninggal dtg ckp mcm ni kat ibu dia..hmm..

mama affan berkata...

kak..comel kan..insaf..

Link Within

Related Posts with Thumbnails