TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 11 Mac 2010

Panadol penyebab gadis maut?

KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.

kosmo
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Hairan la....Pasai pa bapak dia larang bedah siasat...tak kan arwah tertelan kot.... cofius la brita ni...Tak kan bunuh diri... Tak mungkin... Agak-agak pasai pa ya...

20 ulasan:

Nadiah Sidek berkata...

tang tertelan paling pelik tu

Abd Razak berkata...

Salam...

Kita bersangka baik tentang kejadian ini, bahawa ayahnya itu tidak mahu menyeksa mayat & mahu menyegerakan perlaksanaan pengebumian anaknya kerana yang dah meninggal pasti takkan kembali.

fikaryna berkata...

mmg pelik la kak..sian budak 2..

al-lavendari berkata...

saya tak berani nak buat andaian .. takut tersilap pulak. takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah.

Nida berkata...

Laaa.... gitu pulak jadinya...

p/s: pernah orang kampungku meninggal dunia akibat terlalu kerap makan ubat cap kaki tiga... hatinya luka.. wallahualam

ONE ZABA berkata...

hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...

Yunus Badawi berkata...

Menghairankan. Yg si bapa tu tak kasi buat bedah siasat kenapa pulak?

zan-xray berkata...

Setuju juga dengan pandangan rakan2 di atas ni mengikut pandangan mereka.

Sekarang ni apa yang dipahamkan di sekolah baik aktiviti luaran juga dilarang memberi panadol kepada pelajar.

saya_arief berkata...

stuju ngan al-lavendari..
takziah kepada keluarga arwah.

Mak Su berkata...

:(

relevan berkata...

Bahaya juga panadol ni..tapi umur budak tu dah sampai nak wat mcmmana lagi yak..

Azmiezas berkata...

kita setuju dgn Abd Razak..mungkin bapanya tak mau tengok mayat anaknya tersiksa!!..Wallahhualam..

NICK IRFAN berkata...

huh! kenapa ayah dia tak bagi bedah?? pelik gak... hmmm...

etuza berkata...

Heii! tag ngeri lagi tau!..keliru jg ni..apapun berbaik sangkalah..bahawa ada tujuan bapa dia tu...
Ajal maut Allah yang maha tahu..

xiiinam berkata...

Apa-apa pun kalau disalahguna, memang membawa mudarat...
Blog pun, kalau disalahguna pasti mengundang jerat...



Bagaimanapun, takziah kepada keluarga arwah...

nza berkata...

confuse le..knapa bapanya wat cam gitu ye?
Ttp panadol mmg beri kesan j.pjg...1 biji panadol, nk hilang kesan toksidnya memakan masa 5 thn utk hilang...

blueCITY® berkata...

ishhhhhhhhh

risau gak ni
i kerap gak ambik panadol
bila fenin, bila senggugut

huwaaaaaa

ambik lebih dos pun pernah
hmmmm

tq

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

adeh..mane eh chat box akak? kite dah tag akak tadi..kalau rajin buat eh?
hehehe

nj berkata...

pelik juga kan...kalau ibubapa risau dan musykil...mungkin akan benarkan bedah..melainkan mereka sendiri dah tahu penyebab kematian anak tu...Innalillah...takziah buat keluarga itu.

^inas^ berkata...

takziah..
semoga mereka sekeluarga dikeluarkan dr belenggu fitnah.

hanya Allah yg tahu ape sbnr yg berlaku.

Link Within

Related Posts with Thumbnails