TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 5 Mac 2010

Kerana cintamu Adam


gambar ihsan gugel

ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Ya-Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.

ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Sama ada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.

Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.

--------------------------------------------------------------------------------------
*Cintai aku kerana Allah SWT....nescaya hidup kita kekal kesyurga.... *

14 ulasan:

fikaryna berkata...

semoga diberi cahaya petunjuk oleh Allah utk lalui kehidupan ni..

mamalieyna berkata...

renungan yg sgt baik....moga2 Allah kuatkan iman kaum adam dan hawa..!

relevan berkata...

Terima ksih atas renungan pagi jumaat ini..

blueCITY® berkata...

salam...

tq for sharing

adam zaman la ni
ramai ambik kesempatan pada kelemahan kaum hawa

adam zaman la ni
bukan nak lindungi kaum hawa
tapi rosakkan kaum hawa

so,
kaum hawa
berhati2 lah

sI tEDI berkata...

TQ! Tazkirah jumaat!

Azmiezas berkata...

zaman sekarang ni iman kaum Adam dan hawa lebih senang goyah bila berdua-duaan..!!

Nida berkata...

Salam...

Kalau lelaki dan perempuan tu melekat disebabkan berlawanan cas tu logik juga.. ni yang sama cas pun boleh melekat, awat lagu tu berlaku ye :-/

etuza berkata...

Jika berdua2an pasti ada yang ketiga..dialah penghasut menipu daya, dia bangga jika dia berjaya menghasut adam dan hawa. Jauhilah tipu daya syaitan

etuza berkata...

Jika berdua2an pasti ada yang ketiga..dialah penghasut menipu daya, dia bangga jika dia berjaya menghasut adam dan hawa. Jauhilah tipu daya syaitan

kak ina kl berkata...

salam ..akak gelak baca lawak tu..akak dah kawin tau..

ala kesiannya anak kamu..relax ajer ek dia kena jahit..semuga cepat sembuh.

Abd Razak berkata...

Salam...

Kaum Hawa itu kekuatannya adalah pada emosi dan perasaan sebab itu Allah menjadikan Hawa sebagai pihak yang hamil mengandungkan anak, oleh itu jangan dimusuhi perasaan mereka.

Namun jangan sering membebankan Kaum Adam dengan kehendak perasaan. Sebaliknya hargai Adam yang biar pun kurang menunjukkan emosi, tetapi sering panjang akal fikirannya.

Oleh itu belajarlah menguasai ilmu untuk kenal perbezaan di antara Adam dan Hawa.

nza berkata...

diantara ADAM dan HAWA..ada syaitan yg sntiasa menggoda....

Yunus Badawi berkata...

Adam kami kecil lagi. Hari ni baru setahun setengah hehehe

Adi Alida berkata...

bro..mohon share blh?

Link Within

Related Posts with Thumbnails