TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 20 Mac 2010

Jangan biarkan suami anda 'mental'....


Kepada kaum sejenis 'mama'tolong beri perhatian...jika anda sayangkan suami anda....jangan ...

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

muaha..ha...ini hanya peringatan untuk semua...

Sumber:Abah and the gang...

10 ulasan:

relevan berkata...

Aha betull..jangan buat apa yang suami tak suka..dan suami pula kena lah berpatuh adil dalam membahagi kasih ( untuk yang bermadu )..eh heheh!

Werdah berkata...

Salam Alimaz..


Banyaknya nasihat yang berguna.. jika diamalkan insyaAllah aman damai.. tapi yang pakai t shirt tu tak boleh elaklah.. cuma tak pakai tepong je kat muka.. haha

xiiinam berkata...

Hari tuckLah ada buat satu entri (yang gambar ambulan jenazah tu). Tapi ckLah cuma cerita tentang berita kematian saja...

Tak tergamak nak cerita 'kisah benar' di sebalik peristiwa...

Sebenarnya pasangan suami isteri itu sudah bergadu sejak akhir-akhir ini...suami mengadu sakit2 badan, tetapi si isteri malas melayan aduan suami...

Pagi itu, semasa isteri ke sekolah (isteri ustazah), suami ke klinik...dan tanpa pengetahuan sesiapa, terus dimasukkan ke wad.
Rupa2nya ginjalnya rosak teruk


Petang itu baru isteri ditelefon oleh pihak hospital....tetapi, dia sedikit pun tidak terdetik untuk menjenguk suami. Malah 'dipadan muka'kan suaminya.

Malam itu juga si isteri mengaruk habis, bercerita kepada ipar duai, tentang keburukan suaminya...dan betapa mereka sudah lama tidak tidur bersama, lantaran rasa cinta dari isteri sudah tiada...katanya!

Dan pagi esoknya, si isteri dengan tangisan dan raungan...di hubungi pihak hospital...untuk menandatangani urusan jenazah suaminya...lalu mengiringi jenazah yang sudah siap dikapan itu balik...suaminya meninggal pagi itu...tanpa sesiapa sempat meminta maaf atau memaafkan...Nauzubillah...

(Maaf ya...panjang macam nak buat entri di ruang komen kau ni...ckLah memang sensitif pasal isteri melawan suami ni!)

sI tEDI berkata...

boleh jadikan panduan ni.
bagus! TQ

ONE ZABA berkata...

wui, banyaknya pantang larang. boleh mental isteri gini.

Diarihatiku1976 berkata...

info yg baik... semua tu kadang-kadang berlaku kita tak perasan kan...

etuza berkata...

Salam Alimaz...banyak juga pula songeh para isteri ni ya.Satu saja saya nak kongsi, saya paling tak suka isteri keluar rumah tanpa izin suami, hai apa lagi kalau kita tak tahu ke mana dia pergi. Kalau nak ke rumah mak diapun kena bagi tahu tau, diberi izin atau tak itu hak suami. Bahaya tu kalau isteri buat tutup mata keluar rumah x bagi tahu suami..awas para isteri jamiknan syurga jika taat suami ni. Summi pula kena tahu tanggungjawap terhadap rumahtangga..juga

eyriqazz berkata...

betul betul betul...bukan untuk isteri saja..suami pun kena pandai jaga hati isteri..

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Isteri cerdik nan solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,
di rumah dia isteri, di jalanan kawan,......la la la la la la .
Semoga menjadi isteri solehah dunia dan akhirat.

Wassalam.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

bgs la...semua tue betul. kadang2 kita x perasan yg kita buat mcm tue dkt suami.

mmm....nasihat dan cadangan yg bgs utk kita kaum isteri.

nOtaKaKiKina: kak ada TAG tuk akk. harap sudi jwb TAG dari kina.

Link Within

Related Posts with Thumbnails