TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 6 Mac 2010

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul


photo by gugel

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

--------------------------------------------------------------------------------------
*BAnyak contoh yang boleh kita lihat.....*

Esok....Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

15 ulasan:

hazlina berkata...

Salam kenalan..jemputla singgah ke blog sy ye..

Azuan berkata...

memang ramai perempuan tak pakai tudung sekarang...

TK berkata...

You are so right about everything.Thanx 4 sharing this with others. Harap tuhan tetapkan iman ini supaya slalu memakai tudung dgn betul dan menutup aurat dgn betul. Bukan pkai baju lengan pendek tapi bertudung mcm trend masakini.

Daud Mili berkata...

tutup aurat...tak ader istilah samada bersedia atau belum....mereka bukan muallaf, kalau muallaf tuh mungkin boleh kira,...sebab tudung sangat asing pada mereka...tapi kalau dia tuh Islam keturunan,...dari kecik dah tgk macam mana tudung tuh...haha...

sebenarnyakan, insan ni memang suka beralasan, walaupun pada hakikatnya, mereka tahu dosa pahala....bahkan lebih berilmu dari orang lain...namun, kalau ada ilmu, tak amal , pun tak guna jugak....sekadar pendapat..~

zan xray berkata...

Tu la masalahnya kan Alimaz.
Jangan dikusutkan perkara yang amat mudah disuruh dan diwajibkan.

Abd Razak berkata...

Salam..

Kadangkali orang tak faham apa itu larangan Allah dan apa itu perintah Allah. Dua perkara yang berbeza.

Ada yang bertudung tapi kakinya masih juga terdedah padahal itu sebahagian dari aurat yang patut ditutup.

Unknown berkata...

Salam.
Bertudung sebagai muslimah harus dengan cara yg betul. Wanita wajib menutup aurat, cara betul dan bersopan. Insyaallah murah rezeki.

NzA berkata...

tau ttp buat2 xtau...gitulh kalu nk tutup kesalahan diri....

Unknown berkata...

salam alimaz. ruang chat dah x adakan.It's ok..
Bermakna jika ke laman alimaz boleh buat ulasan di ruang itu. ruang bicara hati.
Sebaik-baik wanita ialah yang mengamalkan tatacara berpakaian muslimah spti bertudung, kita nampak kesucian wanita dengan bertudung. Bagaimanapun cara mereka bertudung masa kini menimbulkan kekeliruan kita, berbagai style hingga anak-anak hingusan terikut2. Cara tudung labuh adalah paling terbaik. Ada kebenaran pada tag entri alimaz pasal wanita bertudung dan wanitah muslimah x bertudung...
Alimaz jemput komen n3 saya bila2 masa ya. Salam

Unknown berkata...

terima ksih,masih muhasabah diri...

Hamizah berkata...

bila tak nak selalu beralasan..

ONE ZABA berkata...

pakai tudung pun kena gayanya jugak. bukan sekadar tudung. bukan sekadar fesyen atau ikut ikutan .begitu juga aspek pemakaian yang lain.

Unknown berkata...

hmm btol gak..ade yg bertutup litup tp disebaliknya berzina huhuhu tp ade yg terbuka tp ati baik..ntahla zaman skang ni..

Ayub Khalid berkata...

Salam....Hijab itu adalah sesuatu yg brmakna bagi seorang wanita....namun,,brgantung kpada diri mereka sendiri,,sama ada utk mnutup aurat mereka(tudung dan pakaian),,brgantung kpada thap keimanan seseorang.....Nauzubillah..

CuTeMiUt78 berkata...

Salam singgah sini...
yup betul tu...

Link Within

Related Posts with Thumbnails