TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 25 Februari 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

--------------------------------------------------------------------------------------
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


sumber... email dari uitm peneng

10 ulasan:

Ena berkata...

cukup mendalam kamsud yg terkandung dlm n3 nie.. Thanks ye.. :)

Abd Razak berkata...

Salam...

Sebenarnya, kesenangan & kemewahan hidup banyak melalaikan manusia. Memang indah hidup dalam kesenangan, tetapi kesenangan itulah ujian yang sering kita tidak sedar.

Ramai orang boleh melalui ujian kesusahan dengan baik kerana mereka sedar akan ujian tersebut, tetapi ramai pula yang kecundang dengan ujian kemewahan kerana mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka sedang diuji.

Itulah salah satu cara Allah melihat sejauh mana kita bersyukur, sejauh mana kita menggunakan harta kita pada perkara yang sepatutnya, serta sejauh manakah kita bersedekah & menginfaqkan harta pada jalanNya.

NzA berkata...

Aduh...sadis sungguh....kesian!!!

Azmiezas berkata...

Tq for sharing..

Nak muhasabah diri sendiri ni..

mama affan berkata...

sesungguhnya susah atau senang kedua2nya adalah ujian dan nikmat Allah..sebagai umatnya yg beriman.kita kena beruasaha utk hadapi apa jua masalah..dan bersyukur atas apa jua nikmat.kan kak..

Tanpa Nama berkata...

ya..hari ini mungkin agak senang...esok..??...tapi kita pernah susah(sengkek) dan ia menjadi ingatan agar mengingati mereka yang susah...ya mama ....worsiuuuuu....

mamaarifakeemaisy berkata...

terfikir sejenak bila dh baca n3 ni..huhu..renungan yg baik tuk semua!

Nida n' Hanafi berkata...

Salam Alimaz..

Setiap manusia tidak akan senang sepanjang masa dan tidak akan susah sepanjang masa.. akan ada bahagian masing2

Solehah berkata...

susah dan senang tu saling melengkapi juga sebenarnya..seperti malam dan siang, seperti hujan dan panas..

faraliza berkata...

salam kak maz..terfikir sejenak bl membaca post kali nie..betapa org lain lebih susah dr kita..apa pn syukur alhamdulilah..salam maulidur rasul

Link Within

Related Posts with Thumbnails