TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 15 Januari 2010

Koleksi Lawak


Gambar hiasan...saja

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak
Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm. .. Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE.. ..
-------------------------------------------------------------------------------------------
*iktibar dari cerita buang ayah tepi jalan....*

6 ulasan:

Nida n' Hanafi berkata...

Nak gelak pun ada.. nak kesian kat Pak Majid pun ada.. serba salah pulak nak gelak lebih2..hihi

ZOOL@TOD berkata...

Andai ku tahu......

aNnA_jaN berkata...

zaman skrang kan...dh terlebih pandai...sampai sanggup buang ibu bapa sendiri...nauzubillah...

CITY® berkata...

heeeeeeeeeeeeee...

tengah2 berduka pun mereka leh berlawaks

hepy kan diri sendiri

heeeeeeeeee

myQza berkata...

aduhai!
tergelak gak baca..

semalam menangis baca pasal bapa yg kena buang dgn anak!

Unknown berkata...

wakakaka ampehnye lawak..
ingatkan ape la tadi

Link Within

Related Posts with Thumbnails