TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 24 Disember 2009

21Mbps Dengan HSPA+...Maxis


Kini, Maxis ingin mendapatkan perhatian semula, apabila hari ini menjadi syarikat komunikasi tempatan pertama yang laksanakan dan gunakan teknologi HSPA+.

HSPA+ ataupun yang mana dikenali sebagai High-Speed Pocket Access+, ianya membolehkan Maxis menyediakan rangkaian jalur lebar tanpa wayar yang mana menyokong kelajuan rangkaian padar kadar maksimum pada 21Mbps. Walaubagaimanapun, seperti diketahui umum, ianya sukar untuk mencapai tahap maksimum, dan pengguna boleh mengharap kelajuan pada kadar antara 10Mbps sehingga 15Mbps dengan liputan yang baik. Ini sekaligus menjadikan kelajuan berganda apabila dibandingkan dengan kadar semasa yang ditawarkan buat masa ini di beberapa kawasan tertentu.

HSPA+ ini sudah boleh digunakan oleh pengguna beberapa kawasan, dan dijangka akan dapat digunakan secara meluas oleh para pengguna menjelang tahun hadapan. Pengembangan liputan HSPA+ di Malaysia akan dilakukan secara berfasa oleh Maxis, bermula daripada Disember 2009 ini sehingga mencapai liputan penuh pada tahun 2011 kelak.

Sumber:amanz

5 ulasan:

CuTeMiUt78 berkata...

wah.. semakin canggih maxis sekarang ni ya.. tapi sayang aarr.. area2 kat kg sini kurang coverange nya..

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

xpakai maxis la plak
huhu

Unknown berkata...

maxis broadband ok ke alimaz? org kata slow tp biasala, memula mmg pantas, bile dh ramai org beli trus slow kan..
(erk! tanye sdiri jawab sdiri plak muahahaha)

Tanpa Nama berkata...

ishh leh caya ka maxis ni..dlu pakai maxis..tp xbnyk area yg cover line..tempat terpilih jee..

NzA berkata...

kak nza guna beruk band celcom...aduzzzz...hidup segan mati xmau....

Link Within

Related Posts with Thumbnails