TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 7 November 2009

Sewa Dvd dan filem Blu-Ray


Kepada pencinta atau bahasa kasarnya 'gila PC game'ini ada berita baik untuk anda Terkini, sebuah servis baru yang dikenali sebagai Black Mango Games menyediakan kemudahan untuk para pengguna tempatan menyewa filem Blu-Ray serta permainan PlayStation 3 dengan mudah melalui dalam talian.

Ia telah dimulakan oleh Ben Chan, seorang pemain videogame dan pengemar filem yang mana telah memulakan servis ini sejak tahun 2007 lagi. Pada ketika itu, beliau hanya mengiklankan servis berkenaan pada laman LowYat sahaja, dan kini telah membesarkan servis beliau dengan menyediakan halaman web yang tersendiri.


Menariknya, melalui pakej yang ditawarkan, anda hanya perlu membayar RM50 sebulan, dan melaluinya, anda boleh meminjam permainan PlayStation 3 dan filem dan memegangnya seberapa lama yang anda inginkan. Walaubagaimanapun, hanya satu DVD atau BluRay Disk sahaja dibenarkan pada sesuatu masa.

Permainan atau filem pilihan anda itu kelak akan dihantarkan kepada anda secara pos atau oleh Chan sendiri berdasarkan kepada lokasi tempat tinggal anda.

1 ulasan:

sI tEDI berkata...

aku x pernah men game cenggini.. selalu layan yahoo games jek

Link Within

Related Posts with Thumbnails