TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 13 November 2009

Positif Hadapi Kritikan


Bergelar manusia, kita memang tidak dapat mengelak daripada di kritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah YAng Maha Pencipta, Maha Hebat, maha Pengasih pun di cerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.

Dalam meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.

Ingatlah orang yang duduk diatas tanah tiddak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.

Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadam api yang sedang marak.

"katakanlah (wahai muhammad): matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". (Ali'Imran:119)

"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-NYA"- (At-TAubah:74)

2 ulasan:

Solehah berkata...

InsyaAllah akan cuba..kadang-kadang kritikan tu membantu dan kadang2 buat kita tak mampu berdiri..

sI tEDI berkata...

yup! aku baru sahaja di kritik.. dan aku terkesima..

Link Within

Related Posts with Thumbnails