TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 25 November 2009

Pandangan mata


SEORANG ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

"Assalamu'alaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami..." pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolong ajarkan kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit.
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Jangan mudah terperdaya....dengan penampilan ....*

4 ulasan:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ berkata...

ni kira same l amaksudnya ngan Don't judge the book by it's cover kan?...hihi...bgus tu moral of the story nya ..

Ahmad Zulfadhli Zulkefli berkata...

pandangan mata mebutakan kita sampai kita x dapat menilai dengan sewajarnya kebenaran dan kebatilan.. =)

Unknown berkata...

erk! kena blajo dr keldai ke huhuhu

myQza berkata...

he he he he..

tak terjawab ek.. nak suruh belajar dgn keldai lak!

Link Within

Related Posts with Thumbnails