TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 11 November 2009

Lebuhraya...



Ni ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi...

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.
---------------------------------------------------------------------------------------
*pesanan untuk semua...*

8 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

Eeeiii seram dengarnyer...seb baik tak jdi pape...harus la jd perkara yg tak diingini kalo kejadian ni berlaku pd org2 biasa..huhu..takutnyer! so beware la pasni!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Pernah dapat email pasal ni dulu..


mcm2 cara dorang boley gunakan untuk buat jahat.

myQza berkata...

YE LAH.. AKU INGAT CERITA LAWAK.SEPARA LAWAK TAPI PENUH PERINGATAN..

TQ

Tanpa Nama berkata...

mcmtu manusia pun ada noo..myusahkan kita semua..xda kesedaran diri.....

p/s tq la bgtau yeee..sbb kami rajin lalu highway

mama affan berkata...

tq kak..takutnya..ryna selalu2 sgt balik kl driving sorg2 x kira siang atau malam..

Watierman berkata...

Betul2 akak pun dah pernah dengar cerita seumpamanya...jgn sesekali wipe off kesan lemparan telor tu dgn wiper...biar je....

Werdah berkata...

Salam Alimaz,

Begitulah mudahnya org nak cari makan di dunia ni.. tak ingat lagi dah apa nak dimakan di akhirat.. dulu2 di jalan raya bkn lebuh raya ada taktik tuang minyak di selekoh jalan, bila kereta lalu terbabas sekejp lepas tu adalah keta tol tu dtg.. Ada juga taktik lain kak pernah kena, ni keta polis alamak terkena lak polis.. kami bw lebih had polis ni potong kami n berhenti mengejut di hadapan satu kereta di depan kami.. apa lgai kami hentam kereta depan kami.. kereta dia tak rosak, kereta kami lak yg teruk.. sekejap tu.. dtglah penarik keta ni.. katanya dia kwn polis yg berhenti mengejut tu.. panjang cerita ni.. ke mahkamah juga lak.. pe pe pun hati2 di jalan lebih penting kan! tp biasanya bla terkena baru nak beringat!

CuTeMiUt78 berkata...

ha'ah.. ada terima email berkenaan ni.. macam2 taktik kan penyangak ni.. isshhh.. seram gak

Link Within

Related Posts with Thumbnails