TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 28 November 2009

Koleksi Lawak..



Seorang bapa bertanyakan anaknya pasal pemergiannya ke solat jumaat.
Bapa: Man kau pergi solat jumaat x? (Pantang kalau dapat tahu anaknya x pergi solat Jumaat)

Anak: Pergi bah.. (Jawabnya selamba)

Bapa: Jangan tipu abah walaupun abah solat kat masjid tempat kerja dan kau pulak solat dekat ngan kawasan rumah kita ni.

Anak: Eh mana ada tak tipu la (Tersengih-sengih)

Bapa: Apa isi khutbah hari ini?

Anak: Erm.. Pasal "Jangan buat maksiat dan dosanya dan cara menghindarinya"

Bapa: Wah panjangnya tajuk mesti best khutbah kat sini pasal menghindar diri daripada zina, bagusnya kamu pun jangan terjebak dengan kawan-kawan yang melepak itu belajar lagi bagus, faham?

Anak: Faham bah

Ayahnya berehat di ruang tamu dan anaknya sedang melepak di dalam bilik, dalam kebosanan itu ayahnya sudah lama tidak berbual dengan Imam masjid di kawasan rumah mereka (Iman Haji Mahyuddin). Dia mengambil telefon bimbitnya menelefon Iman untuk bertanya khabar.

Bapa: Assalamulaikum Tuan Haji

Imam: Waalaikummussalam Siapa tu?

Bapa: Ni saya Shahrudin

Imam: Oh kamu Din, ada apa kamu telefon ni?

Bapa: Nak tanya khabar Tuan Haji

Imam: Oh saya sihat Alhamdulillah, kamu Din?

Bapa: Saya pon sihat Alhamdulillah, saya dengar tajuk khutbah minggu ni pasal gejala
maksiat betul x?

Imam: Maksiat? Tidak tajuk minggu ni "Perjuangan Umat Islam"

Bapa: Apa betul ke Tuan Haji??

Imam: Ya..

Bapa: Saya ada hal Tuan Haji nanti saya telefon lagi Assalamualaikum

Imam: Waalaikumsalam

Bapa: GRRRRRRRRR........... MANNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------
*kan dah kantoi......*

1 ulasan:

Khairul Onggon berkata...

man oh man... lain kali cakap la tertidur masa khutbah ekekekeke.. oppsss..

Link Within

Related Posts with Thumbnails