TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 8 November 2009

Koleksi Lawak..


Baru-baru ini pada hari raya yang ke
dua, maka tersebutlah cerita ini…
Seorang wakil rakyat dari parlimen
Pekan mengajak Pak Batin dari
perkampungan orang asli yang
berdekatan…

Wakil Rakyat: Saya nak ajak Tok pi
majlis Hari Raya Terbuka TPM kita

Tok Batin: Aikk… tak mahu la

Wakil Rakyat: Kenapa lak… setahun
sekali je dapat peluang ni…

Tok Batin: Tok tak pernah pergi ke
majlis besar-besar macam ni

Wakil Rakyat: Tak ape Tok… Tok ikut
saya je… duduk sebelah saya

Tok Batin: Ehhh segan la… pe nak
pakai? makan pe ada?

Wakil Rakyat: Pe nak segan.. Tok duduk
sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai
pe saja… bab makan… peh.. memang sedap

Tok Batin: Kalu macam tu tak pe la…
Tok ikut, tapi dengan syarat..

Wakil Rakyat: Pe syaratnya?
Tok Batin: Kamu kena makan pelan-pelan
dan duduk sebelah Tok ya?

Wakil Rakyat: Tak de hal Tok… Tok ikut
aje apa yang saya makan… apa yang saya
makan, Tok makan ya…

Tok Batin: Haaa… macam tu la…

Dipendekkan cerita, acara makan minum
pun bermula. Tok Batin ikut aje apa
wakil rakyat itu makan…. Bila tiba
makan satey, wakil rakyat bergurau…

Wakil Rakyat: Tok… makan daging nye
aje… kayu pencucuk jangan makan…

Tok Batin: ya.. ya

Habis makan, wakil rakyat tu terasa
tersekat sesuatu kat gigi, maka
diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya
daging yang terlekat di gigi. Bagi
menghormati majlis maka satu tangan
pegang kayu penyongkel, lagi satu
tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat
yang sama! Dia ikut apa yang wakil
rakyatnya buat, dari mula hingga habis

Dalam perjalanan balik (hantar semula
Tok Batin) ke perkampungan orang asli,
maka ditanyanya kelazatan juadah yang
dihidangkan

Wakil Rakyat: Amacam Tok… sedap tak
makanan tadi…

Tok Batin: Woooo sedapppppppp… tak
penah merasa sesedap itu sebelum ni…
lain kali ajak la lagi…. tapi kan…
kayu yang terakhir tu TAWAR sikit…
kayu macam tu pun depa hidangkan ya?

Wakil Rakyat: Tok makan ke kayu tu?

Tok Batin: Ye la… Tok nampak kamu
makan…

Wakil Rakyat: Tawar ye? depa lupa
taruk garam kot… (dalam hati… he he…)
----------------------------------------------------------------------------------------
*Buluh pun Tok batin tibai......*

5 ulasan:

Nida n' Hanafi berkata...

hahahaha.. nasib baik makan kayu pencungkil gigi.. kalau kayu batang penyapu tak ke haru.. :)

nurindah berkata...

Salam kak alimaz,
macam-macam ya? hihihihi

Unknown berkata...

he... lawak2.

myQza berkata...

ini kes macam cite mat salleh makan sate dgn lidi2 nye sekali.
ekeekekek

Solehah berkata...

owh..kesian tok batn..dia x bersalah..

Link Within

Related Posts with Thumbnails