Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Rabu, 21 Oktober 2009
Kerjasama UiTM dan Kaspersky
Kaspersky Lab yang terkenal dengan aplikasi dan perisian antivirus milik mereka, hari ini memperkenalkan Akademi Kaspersky di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mana tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan dunia sekuriti bersama para pelajar.
Akademi Kaspersky akan menumpukan pada empat perkara utama, iaitu pendidikan, kerjasama akademik, sains, dan juga persaingan dalam melahirkan generasi muda yang mengetahui serba sebanyak berkaitan dunia sekuriti maklumat. Akademi Kaspersky ini akan menawarkan pembelajaran secara dalam talian, pada masa yang sama menawarkan kaedah pembelajaran bersama mentor.
Buat masa ini, Akademi Kaspersky mempunyai penyertaan lebih 200,000 peserta dari seluruh dunia, dengan 2000 tempat pembelajaran. Kerjasama Kaspersky bersama UiTM sekaligus membolehkan para pelajar kita meningkatkan pengetahuan berkaitan sekuriti yang mana kini menjadi salah satu komponen penting dalam dunia informasi maklumat.
Pada masa yang sama, Kaspersky Lab juga dijangka dalam perancangan untuk memperkenalkan makmal R&D di Cyberjaya sebagai hab utama di Asia Tenggara ini. Buat masa ini, Asia merupakan antara benua yang paling banyak menggunakan produk Kaspersky, dengan peningkatan dari tahun ke tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
wahhh..sangat menarik...!!...nape pelajar uitm sendiri tak tau menda nih...citt..!!
ekekekekek.. di anak kumpulduit tu..
bertambah maju UITM :)
Catat Ulasan