TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Sabtu, 26 September 2009

Yang mana diutamakan???


Kita masih dalam 'mood' raya....disunatkan kepada kita untuk berpusa '6' tapi....masih banyak rumah terbuka dan kenduri dibulan ini...yang mana harus diutamakan???adakah ia akan merengangkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan...??

Jadi ...kita fahami dulu...apa itu puasa 6...

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

tapi...

Sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.

Lebih.... afdalnya adalah berturutan selepas hariraya.

Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت

(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

dan tiada...dalam islam ‘hariraya puasa enam’
Allah Lebih Mengetahui..

Sumber:Dr maza

1 ulasan:

zai berkata...

Salam Alimaz...

Terima kasih atas tazkirah mengenai puasa enam ini..tak sia2 kak zai datang kesini selalu..banyak info berguna dan banyak koleksi lawak yg jelas menggambarkan ciri2 ceria pemilik blog ni..trm kasih...

Link Within

Related Posts with Thumbnails