TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 27 Ogos 2009

Yahoo! Messenger 10 Beta Sedia Di Cuba

alah satu aplikasi dari Yahoo! yang diminati oleh para penggunanya adalah Yahoo! Messenger. Selepas memperkenalkan Yahoo! Messenger 9 pada tahun lepas, kini mereka sudah mula membangunkan versi terkini YM! iaitu Yahoo! Messenger 10. Versi beta YM! 10 sudah boleh dimuat-turun dan diuji oleh para penggunanya buat masa sekarang ini.
Salah satu fungsi utama dalam Yahoo! Messenger 10 adalah fungsi panggilan video berkualiti tinggi, sama seperti pada Skype. Dengan menggunakan webcam anda, anda kini boleh membuat panggilan video menggunakan skrin penuh, selain menikmati kualiti video dan audio yang berkualiti tinggi.



Selain daripada itu, pelbagai fungsi sosial juga mula diintegrasikan ke dalam Yahoo! Messenger 10. Melalui tab “Updates” yang baru, anda dengan mudah boleh melihat kemaskini semasa rakan anda dari laman-laman sosial seperti Flickr, Yahoo! Buzz, Twitter dan pelbagai lagi dengan mudah sekali.

Yahoo! Insider yang diperlihatkan setiap kali anda log masuk ke dalam Yahoo! Messenger juga memperlihatkan perubahan, dimana rekabentuk Insider baru diperkenalkan. Kini, ianya lebih tersusun, selain memperlihatkan kemaskini daripada Yahoo! Mail, dan berita-berita semasa dan banyak perkara lagi. Navigasi ke Yahoo! Insider juga ditambah pada tetingkap utama Yahoo! Messenger, membolehkan anda membuka Yahoo! Insider pada bila-bila masa sahaja.

Anda juga kini boleh mengubah bahasa pilihan anda dengan mudah, dimana setiap kali ingin log masuk, anda diperlihatkan dengan pilihan lebih 16 bahasa berlainan. Selain daripada itu, beberapa rekabentuk ikon baru diperlihatkan pada tetingkap IM Yahoo! Messenger 10.

Walaupun versi penuh Yahoo! Messenger 10 masih belum siap, anda boleh mencuba versi beta Yahoo! Messenger 10, dan mencuba segala ciri-ciri baru yang bakal diperkenalkan dalam Yahoo! Messenger 10 kelak.

sumber:amanz

1 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Soalan yang Alimaz tanya tu memang susah nak saya jawab. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Memang ada golongan professional ni yang memang tidak mahu bergaul dengan kakitangan sokongan (macam cerita antara dua darjat).

Saya sendiri pernah kena, (saya suka duduk di meja kerani di Fakulti saya (kes malas nak pergi ke bilik)) ada pensyarah yang agak baru tidak mahu berinteraksi dengan saya kerana dia menyangka saya kerani fakulti. Walaupun saya memberi senyuman, pensyarah tersebut buat tak tahu je. Bila dia tahu saya sebenarnya pensyarah yang lebih senior, baru nak dia bercakap dengan saya.

Orang-orang sebegini jangan pedulikan sangat, buat senak kepala je. Alimaz buat kerja seperti biasa dengan ikhlas dan berdoa semoga pensyarah tersebut berubah (doa dalam bulan Ramadhan ni lebih baik), Insya-Allah satu hari nanti pensyarah tersebut lembut hatinya.

Teringat saya kepada kisah Rasulullah SAW yang melayan baik jirannya yang suka memaki hamun baginda. Bila jiran tersebut sakit, baginda melawatnya dan berbuat baik kepadanya. Akhirnya jirannya yang kafir itu melafazkan kalimah syahadah kerana budi pekerti mulia Rasulullah SAW.

Wallahhua'lam

Link Within

Related Posts with Thumbnails