TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Khamis, 27 Ogos 2009

Daerah yang penuh barakah.......



Tersebut suatu kisah pada zaman Rasulullah dahulu bahawa seorang sahabat nabi sedang bertarung dengan sakaratul maut dan para sahabat yang lain terus mengelilinginya untuk mengajarkannya syahadah. Hampir banyak kali juga mereka membisikkan syahadah ke telinganya, namun apa yang keluar dari mulutnya adalah 3 ayat yang amat menimbulkan tanda tanya kepada mereka.

Dengan sesak dada yang turun naik, sahabat tersebut menyebut “…kalaulah jauh…kemudian disusuli pula,…kalaulah sempurna….dan kemudian..kalaulah baru…”

Lantas apabila mendengar ulangan ayat ini, mereka lantas bertemu Rasulullah. Maka berkata Rasulullah, Tahukah kamu apa yang sedang berlaku? Kesemua mereka menggeleng. “ sesungguhnya, ketika hayatnya dahulu pernah dia mendukung seorang tua yang tidak berdaya ke masjid. Kemudian, pernah juga dia memberi makan satu-satunya sekeping roti kepada seorang pengemis fakir miskin. Suatu hari juga, dia pernah memberikan satu-satunya baju yang dia ada kepada seorang hamba yang kesejukan.

Maka, ketika di ambang sakaratul maut, telah ditayangkan segala amalannya dan bayangan syurga yang terhias sangat indah. Inilah dialognya apabila melihat amalan-amalannya. “ Ya Allah, hanya dekat sahaja aku mendukung orang tua itu, sudah kau hadiahkan istana yang tak terbayang indahnya,kalaulah jauh…” Apabila ditebarkan pula amalannya yang satu lagi, “Ya Allah, hanya sedikit sahaja roti yang aku berikan dan tidak cukup pula aku rasakan, kalaulah sempurna…” Kemudian, dibentangkan amalan yang seterusnya, “ Ya Allah, baju yang aku berikan adalah bajuku yang lusuh lama, kalaulah ianya baru, agaknya bagaimana keindahan istana yang akan kau hadiahkan padaku.”

Maka, tahulah sahabat-sahabat Rasulullah itu bahawa sahabat tersebut adalah bakal penghuni syurga. Maka sedarlah mereka, Allah Maha Pemurah. Walaupun amalan yang dirasakan sedikit sahaja nilainya, Allah akan membalasnya dengan nikmatnya yang tidak terbayang oleh kita. Sesungguhnya, ketika kita menghadapi sakaratul maut, Allah akan membentangkan segala amalan kita. Adakah kita mahu mengakhiri hidup kita dengan tayangan amalan kita yang menjijikkan dan bayangan neraka yang menggerunkan?

Kesimpulannya, marilah sahabat-sahabat sekalian agar sama-sama kita bekerja yang maaruf, dan menolong mereka yang memerlukan dengan sekadar kemampuan kita. Apatah lagi kita kini berada dalam daerah yang penuh barakah dan rahmat daripada Allah. Ayuh, kita kutip sebanyak mutiara yang tertebar yang Allah hidangkan untuk kita.

2 ulasan:

Pija Madzlan berkata...

Semoga saya tidak tercicir mutiara2 itu...amin

sonata anak kancil berkata...

tak tercapai tahap macam tu! keciknya diri ini!& takutnya azab Allah swt...ya Allah ampunkan lah dosa hamba2Mu ini....

Link Within

Related Posts with Thumbnails