Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Isnin, 24 Ogos 2009
Untuk Isteri-isteri
IsTeRi SoLeHaH
1. mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.
2. mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.
3. mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.
4. mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.
5. mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.
6. mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati keluarga
suaminya seperti mana ia
mencintau dan menyayangi keluarganya
sendiri.
7. mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.
8. mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.
9. mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.
10.mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih saying
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.
11.mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.
12.mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.
13.mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara’.
14.mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya
jika mahu mengerjakan puasa sunat.
15.mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.
16.mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.
17.mereka yang tidak membenarkan lelaki
bukan mahram memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.
18.mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.
19.mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.
20.mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.
21.mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.
22.mereka yang bijak
menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir.
---------------------------------------------------------------------------------------
*Amanah Allah untuk suami..ia tidak boleh dipamerkan sesuka hatinya kepada yang bukan hak....jika tidak umpama permata yang tiada nilai...tegurlah ia..itu kewajipanmu ...adakah anda tahu???..*
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
MashaAllah... byk tips berguna utk isteri-isteri di luar sana :)
info yg bagus........kdg2 kita terlanggar juga perintah allah kan.....
Catat Ulasan