TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 18 Ogos 2009

ILmu dan murid ...tertua



GAMBAR menunjukkan Maruge belajar di sebuah sekolah rendah di Nairobi pada 2006.

NAIROBI - Seorang lelaki Kenya, Joseph Stephen Kimani Nganga Maruge yang dipercayai murid sekolah rendah paling tua di dunia meninggal dunia pada Jumaat lalu di rumahnya di sini.

Menurut cucu perempuannya, Ann Maruge, datuknya yang berusia 89 tahun itu meninggal dunia kerana penyakit kanser perut.

Dia mendaftar masuk ke sebuah sekolah rendah pada Januari 2004 lalu setelah kerajaan Kenya memutuskan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan rendah percuma kepada rakyatnya.

Guinness Book of World Records kemudian mengesahkan Maruge sebagai murid sekolah rendah tertua di dunia. - AP
--------------------------------------------------------------------------------------
Disini bolehla kita mengambil Iktibar,bahawasanya menuntut Ilmu ini tidak mengira tua atau muda.Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Antara adab tersebut adalah:

Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain.

Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faidah dari ilmu kita.

"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

Sesiapa yg pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)

1 ulasan:

Ahliahnizam berkata...

Tabik springgggggggg kat pakcik tu. Walaupun dia x panjang umur, tapi semangat dia memang patut dipuji. :D

Link Within

Related Posts with Thumbnails