TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 27 Julai 2009

Ringkas Tapi Berkesan


Bagai mana mahu mengimbangi bajet yang tersasar? ringkas tetapi berkesan, mungkin cara ini dapat membantu:

1. Kurangkan bajet yang tidak perlu. Fikirkan perlukah setiap tahun bertukar baju baru, langsir, perabut dan lain-lain sekiranya yang lama masih boleh dan elok dipakai.

2. Fikirkan keutamaan. Apakah yang lebih utama bagi keluarga? adakah kita memiliki insurans yang meliputi kesihatan, dana pendidikan, wang tabungan untuk kecemasan dan lain-lain.

3. Ajar anggota keluarga hidup sederhana. Anak-anak jika sudah difahamkan dengan makna berjimat cermat tentu tidak akan menuntut yang bukan-bukan daripada ibu bapa. Yang penting mereka mesti dibiasakan sejak awal.

4. Galakan menabung. Sekadar RM1 atau RM0.50 sehari, apa salahnya jika dimasukkan kedalam tabung. jangan usik, selepas beberapa ketika anda akan terkejut melihat hasilnya.

5. Duit raya yang diperolehi anak-anak, galakkan supaya disimpan dalam bank. jangan biarkan mereka habiskan kesemuanya dengan membeli permainan atau sesuatu yang tidak penting. Fahamkan mereka, simpanan ini penting untuk masa depan mereka juga.

6. Elakkan berhutang terutamanya waktu menjelang raya. Tetapi jangan abaikan hutang (pinjaman) kereta atau rumah. Bimbang nanti ada kereta yang ditarik atau dapat surat amaran bank, semakin susah jadinya!!!

7. Berpuasa. Ada sesetengah orang yang mengamalkan puasa sebagai langkah berjimat. terutamanya selepas raya, ada puasa enam yang digalakkan pada umat islam. Yang lebih cantik biarlah berpuasa kerana Allah bukan kerana hendak kurus atau tiada duit!!! Insyaallah, jika niat kerana Allah, yang lain-lain akan 'tumpang berkat'.

8. dalam apa jua amalan termasuk berjimat cermat, haruslah berlandaskan syariat. Jangan abaikan yang hak seperti zakat dan sedekah pada mereka yang memerlukan. Amalan jimat cermat anda akan lebih berkat, malah insya-Allah rezeki akan berlipat kali ganda lagi.

Sumber BUKU
-------------------------------------------------------------------------------------------------
*Tolak insuran...kereta....simpanan....

1 ulasan:

Link Within

Related Posts with Thumbnails