Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram.
Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini
kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan
Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa
penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan
pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka
AMALAN-AMALAN SUNAT: ( DIAMBIL DARI :PUSAT PENGAJIAN ISLAM, PAHANG)
1. Berpuasa;
Puasa pada hari ini ialah sunnah sebagaimana kata Qodhi I’yad( القاضى عياض) daripada ulama’ mazhab Imam Malik. Dan diriwayatkan daripada Sayyidina Abdullah Bin Umar Bin Al-A’s (r.a). Bersabda Nabi (s.a.w): “ Barang siapa berpuasa pada Hari Asyura’ seolah-olahnya ia berpuasa setahun”.

2. Solat Sunat;
Adapun sembahyang sunat, seperti barang yang diriwayatkan bahawasanya Nabi (s.aw) bersabda: “ Barang siapa sembahyang pada hari Asyura’ empat rakaat, dibacakan pada tiap-tiap rakaat sesudah al-Fatihah akan (قل هو الله أحد) sebanyak lima belas kali, nescaya diampunkan Allah Taa’la baginya akan dosa 50 tahun dahulunya dan 50 tahun kemudiannya” (yakni dosa-dosa kecil selama 100 tahun).

3. Bersedekah;
Adapun bersedekah pada hari Asyura’ pula disebutkan didalam hadis Nabi (s.a.w): “Barang siapa bersedekah pada Hari Asyura’, adalah pahalanya seperti ia bersedekah selama setahun”. Dan juga datang pada hadis yang lain: “Bahawasanya bersedekah pada Hari Asyura’ dengan satu dirham menyamai 700 dirham”.
4. Meluaskan Belanja;
Disunatkan pada hari ini meluaskan perbelanjaan diatas ahli keluarga berbanding dihari-hari biasa sebagaimana juga dihari raya. Dan memadai meluaskan perbelanjaan itu dengan roti, daging dan buah-buahan yang lebih lazat berbanding hari-hari biasa. Tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah meluaskan akhlaknya (membuat baik) kepada ahli keluarganya, lebih banyak berbanding dihari-hari lain. Bersabda Rasulullah (s.a.w): “Barang siapa yang meluaskan belanja kepada ahli keluarganya pada Hari Asyura’ nescaya Allah Taa’la meluaskan rezki keatasnya sepanjang tahun”.
5. Bercelak;
Disunatkan juga pada hari ini bercelak. Sebagaimana hadis daripada Nabi (s.a.w): “Barang siapa bercelak pada Hari Asyura’ dengan ‘asmud’(sejenis batu celak) nescaya tidak sakit mata ia selama-lamanya”.
6. Mandi Sunat;
Disunatkan pula mandi pada hari ini sebagaimana mandi junub dari segi rukun dan penyempurnaannya. Bersabda Nabi (s.a.w): “Barang siapa mandi pada Hari Asyura’ nescaya tidak sakit ia pada tahun itu melainkan sakit hendak mati”.
7. Menghubungkan Silatur Rahim;
Adapun mennghubungkan silaturrahim (tali persaudaraan), maka bahawasanya tuntutannya amatlah muakkad (dituntut sungguh-sungguh) pada hari ini. Al-Arham (persaudaraan) itu ialah kaum kerabat sama ada dari pihak bapa ataupun dari pihak ibu.
8. Ziarah Ulama’;
Disunatkan menziarahi para alim ulama’ pada hari ini sama ada yang masih hidup (ziarah kerumahnya) atau yang telah meninggal dunia (ziarah makam atau pusaranya). Sebagaimana diriwayatkan dalam khabar (hadis): “ Barang siapa datang kepada orang alim pada Hari Asyura’ kerana hendak mendengar atau belajar akan suatu masalah dalam agamanya dan apa-apa yang memberi manfaat kepadanya di akhirat nescaya diberikannya pahala seumpama pahala Muhajirin dan Ansar”.
9. Menyapu Kepala Anak Yatim;
Disunatkan menyapu kepala anak yatim sebagai simbolik kepada bersedekah, memberi makan dan lembut tutur kata. Dan diberikan pahala orang yang melakukannya sebanyak bilangan helai rambut diatas kepala anak yatim yang terkena gosokan tangan orang yang menyapunya. Bersabda Nabi (s.a.w): “Barang siapa menyapu kepala anak yatim pada Hari Asyura’ nescaya diangkatkan dia Allah Taa’la dengan tiap-tiap helaian rambut itu akan pangkat darjat didalam syurga”.
Kaifiat (cara) menyapu kepala anak yatim: Dimulakan dari belakang terus ke depan. Kalau kanak-kanak biasa yang masih mempunyai bapa disapukan kepalanya mulai dari hadapan ke belakang.
10. Menziarahi Orang Sakit;
Disunatkan menziarahi orang sakit, dan dikuatkan lagi tuntutan itu pada hari ini sebagaimana datang pada hadis Nabi. Sabdanya (s.aw): “Barang siapa menziarahi akan orang sakit pada Hari Asyura’, maka seolah-olahnya dia menziarahi akan sekelian anak Adam (a.s)”.
11. Membaca Surah Al-Ikhlas;
Disunatkan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak seribu kali seperti mana riwayat daripada Sayyidin Ali (r.a) katanya: “Barang siapa membaca pada Hari Asyura’ akan (قل هو الله أحد) seribu kali, menilik rahmat kepadanya oleh Tuhan Ar-Rahman. Dan barang siapa yang menilik Tuhan Ar-Rahman kepadanya, nescaya tidak akan diseksa akan dia selama-lamanya”.
12. Membaca Hasbalah;
Disunatkan membaca ‘Hasbalah’ iaitu: (حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ وَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ) sebanyak 70 kali, nescaya tidak akan mati ia pada tahun itu. Dan jika sudah hampir ajalnya, nescaya tidak diberikan taufiq oleh Allah Taa’la untuk membacanya pada tahun itu.
13. Mengerat Kuku;
Disunatkan juga pada hari ini mengerat kuku dan menghilangkan kekusutan diri.
14. Menghidupkan Malam;
Disunatkan menghidupkan malam Asyura’ ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh seperti: solat, berzikir, membaca Al-Quran dan lain-lain.

PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA’ YANG MENUNJUKKAN KEMULIAAN PARA-PARA NABI:
1. Nabi Adam (a.s);
• Dimasukkankan kedalam syurga.
• Diterima taubat kesilapannya.
2. Nabi Ibrahim (a.s);
• Dilahirkannya pada hari ini.
• Diselamatkan daripada kepanasan api apabila dicampakkannya ke dalam api.
3. Nabi Musa (a.s);
• Selamat daripada tenggelam didasar lautan.
• Binasanya musuh Nabi Musa, Fira’un Laknatullah.
4. Nabi Isa (a.s);
• Dilahirkannya pada hari ini.
• Diangkatkannya ke langit.
5. Nabi Idris (a.s);
• Diangkatkannya ke tempat yang tinggi (langit).
6. Nabi Nuh (a.s);
• Berlabuh bahteranya diatas bukit Judiy.
7. Nabi Sulaiman (a.s);
• Dikembalikan semula kepadanya akan kerajaannya yang besar.
8. Nabi Yunus (a.s);
• Dikeluarkannya dari perut ikan nun.
9. Nabi Ya’kob (a.s);
• Dihilangkan daripadanya kesedihan dan dukacitanya.
10. Nabi Yusuf (a.s);
• Dikeluarkannya daripada dasar telaga.
11. Nabi Ayub (a.s);
• Disembuhkannya daripada penyakitnya.
PERISTIWA BESAR LAIN YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA’:
1. Dijadikan Arasy.
2. Dijadikan Kursi.
3. Dijadikan tujuh petala langit.
4. Dijadikan tujuh petala bumi.
5. Dijadikan matahari.
6. Dijadikan bulan.
7. Diturunkan hujan yang pertama dari langit.
Semoga pemahaman ini akan mendekatkan kita Pencipta kita. Sejak kebelakangan ini aku terasa kekosongan jiwa aku kepada Penciptaku. Adakah ini tanda aku diberi pentunjuk untuk berubah. Semoga bulan Muharram ini aku akan berubah menjadi lebih baik DisisiNya. Amin
2 ulasan:
info yg best. byk yg sy bru tahu lepas baca tadi
tersentuh hati membaca, semua maklumat yang amat perlu diketahui ini..terima kasih alimaz ..apa khabar?
lama tak berbicara di jendela maya.
Catat Ulasan