TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 9 November 2011

Telefilem arahan Aaron Aziz: Kekasih Awal dan Akhir


Telefilem Mr RON lagi... lupa plak semalammmmmm kalut dengan askar2 ni..... ada sesapa upload tak crita ni....

Hero dengan heroin yang sama..... ye la kan heronya yang mengarah sendiri..... partnernya jugak org yang sama dalam drama popular Nora Elena...... skrip plak isteri Mr RON yang tulis sendiri.....

Layan je la sinopsis dia ni... mama copy kat sini....


SinopsisTelefilem Kekasih Awal dan Akhir

‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Tarikh : 9 November 2011, 8.30 malam di TV9
Lakonan : Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha , Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail, adik Syazana dan Den Sabari (cthoney)


2 ulasan:

JunAina berkata...

ingatkan dah habis cerita soffi tu boleh le bersilat kat dapur awal rupanya masih bersambung2 le makan malam yg lewat...

Suriayati Datu Mudin berkata...

saya pun suka dgn aaron bila berlakon

Link Within

Related Posts with Thumbnails