KANGAR: Keadaan banjir di utara Perlis semakin pulih namun di sekitar Kangar masih bertahan sehingga pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis berkata jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan.
Sehingga kini, sebanyak 522 mangsa masih berada di 14 pusat pemindahan iaitu sembilan di Kangar, empat di Arau dan sebuah di Padang Besar.
Angka itu berkurangan berbanding 694 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan malam tadi.
Jumlah mangsa banjir dijangka terus berkurangan berikutan cuaca cerah hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut meninjau kawasan yang dilanda banjir hari ini serta melawat sekolah-sekolah yang digenangi air. -BERNAMA
Sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
* alhamdulillah dah semakin reda...*
3 ulasan:
harap bah kali ni tak sampai belah tambun tulang...bah lepas keluarga kat kampung terpaksa duduk di pusat pemindahan Sek. Keb. Changkat Jawi dekat seminggu jugak la...
Kesian...
Rasa baru sangat lagi bah rituh... ni dah bah lagi. Mujur dah lepas raya.
alhamdulillah cerita orang lemas pon takde ngat...
Catat Ulasan