TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 14 Jun 2011

Mak .... Abah ...abang minta maaf.....

Luahan hati Cik Min dalam buku nota sekolahnya....

Abang sayang sangat dengan mak dan abah....... 
Abang minta maaf.... lain kali abang tak buat lagi.....
Lain kali kalau abang buat lagi mak halaulah abang dari sini......
Sayang sangat dengan mak....
Kalau tak sayang abang tak pa lah....

Doa Cik Min dalam buku nota yang sama.... 

Saya sangat sayang emak ...
Lepas tu saya sanyang Abah....
Saya minta tolong jangan bagi mati kedua ibu bapa saya... adik2 saya... Tok Wan dan Tok....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Mama tolong Cik Min cari buku sekolah dia pagi tadi.... Mama terjumpa buku nota yang dah dikoyak dan doconteng..... Tergerak hati mama nak buka buku tu.... 
Terkedu mama bila terbaca catatan ini..... 

Dia mintak maaf atas kesalahan dia.... kesalahan apa biarlah rahsia.... mama mmg marah sangat..... sampai mama ugut nak halau dia dari rumah kalau dia ulangi perbuatannya tu..... Mama tak bermaksud betul2... just untuk menakutkan dia saja....

kenapa dia doakan jangan bagi kami mati..... maybe masa mama slow talk dgn dia mama ada cakap... abang tak sayang mama dgn abah ke...... kalau mama mati abang mesti suka..... tak dak org nak marah abang lagi...... tak dak org nak berleter dgn abang lagi..... Itu yang mama cakap dengan dia masa mama pujuk dia .....

Tak sangka budak seumur ini sudah pandai meluahkan isi hatinya melalui catatan macam ni..... Selain tu Cik Min ada jugak lukiskan gambar famili walaupun hanya kepala saja yang dilukisnya....
Mama tak dak mood nak kerja hari ni.... Yang mama ingat hanya Cik Min..... Walaupun wataknya keras... tapi hatinya lembut..... 

Mama cakap hati dia lembut sebab dia manja sangat dengan org yang pandai ambil hati dia.... Dan yang paling dia suka Tok Didah.... Sebabnya Tok Didah sayang sangat dengan Cik Min.... Tok Didah suka peluk Cik Min..... Cium Cik Min.....  

 
 

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sendu kakcik membaca catatan ini...

Kakcik Seroja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shida berkata...

huhu... klu aku jadi hg... aku pun terkedu....cik min ni anak yg sulung ka.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

sedih plak baca entry ni..

insyaallah lepas ni cik min mungkin xulangi kesalahan dia tu...

Sharinginfoz berkata...

bagus juga anak yang berterus terang kepada mak bapa dengan luahan, penting tu... semoga hidup kita sekeluarga dipermudahkan Allah

Unknown berkata...

sedih plak sy baca.... sayu btol

Hairun Azmi berkata...

Cara anak anak meluahkan perasaan mereka..

Katak boleh rawat Kanser

dinor's family berkata...

mmg sedih la..sama la anak2 ibu pun slalu buat ksalahan yg kadang2 hilang gak ksabaran....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih sudi singgah blog akak.

Sayu membaca nukilan ni.

Minta maaf kalau akak cakap, kalau boleh bila marahkan anak, jangan terkeluar perkataan2 yang boleh mengguriskan hatinya.

Bimbangnya kita sendiri akan rasa menyesal nanti.

Maaf bukan niat akan nak mengajar cuma berkongsi pengalaman yang pernah dialami semasa membesarkan anak2 akak.

Link Within

Related Posts with Thumbnails