TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 15 Jun 2011

Kenapa Orang Pandai Pun Gagal

Orang pandai dalam kehidupan seharian terkadang dianggap lebih “unggul” dan lebih “baik” dibandingkan orang lainnya…

Namun, kadang-kadang orang-orang pandai ini mengalami kegagalan dalam hidupnya, dan akhirnya hanya menjadi orang “biasa”….

Ada beberapa perkara yang menyebabkan kegagalan kepada orang pandai….

 1. Terlalu banyak mengetahui tetapi tidak mempraktikkannya
Kebanyakan orang pandai memiliki pengetahuan yang luas dan mengetahui banyak perkara. Namun, orang pandai bersifat teori, sehingga perkara yang mereka ketahui jarang mereka praktikkan


2. Tidak berani bertindak

Dalam perkara ini, orang pandai jarang mengalami kemajuan, kenapa???
Kerana mereka tidak berani bertindak dan mencuba… sehingga di dalam hidupnya seringkali tidak mengalami kemajuan…

3. Selalu merasa dirinya sudah pandai sehingga tidak mahu menerima cadangan atau kritikan dari orang lain.

Perkara ini yang biasanya ada dalam diri orang pandai, yang membuat mereka semakin jauh dari kejayaan…
Sepandai apapun manusia, perkara yang terpenting adalah mahu menerima pandangan dari orang lain, kerana tidak mungkin kita boleh melihat kekurangan diri kita secara nyata…

4. Terlalu Banyak Perkiraan

Selalu melakukan pertimbangan sebelum melakukan sesuatu adalah perkara yang baik.Namun apabila terlalu banyak yang difikirkan sebelum memutuskan sesuatu, perkara inilah yang akan membuat orang ini tidak akan mencapai kemajuan pesat dalam hidup kerana semua perkara yang dilakukan pasti mengandung risiko, kecenderungan orang pandai tidak mahu mengambil risiko…[

5. Kurangnya Penampilan Sosial

Seberapa pun hebatnya pandai akademik, kita tetap perlu memiliki kepandaian bergaul dan bersosial, seperti kemampuan mendengarkan, peka terhadap perasaan orang lain, dan kemampuan interaksi.

Orang yang memiliki kepandaian sosial yang tinggi mampu mengakui kesalahan mereka dan mampu bekerjasama dengan orang lain.

Bagi kita semua yang sudah membaca artikel hangat ini…

semoga kita sedar bahawa kepandaian dan kepintaran kita adalah anugerah yang diberikan Tuhan…

Kepandaian juga bukanlah jaminan sukses dalam hidup ini, janganlah kita sombong…

Maka dari itu harus hindari perkara-perkara diatas bila kita mahu “BERJAYA” (khasnya bagi yang merasa dirinya “pandai”..)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Copy tang ni hehehe ... *

4 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
BAGUS N3 INI. TKASIH

sahromnasrudin berkata...

sy stuju tang no 3 kerana bos-bos selalu cenggitu..anggap kita org bawahan nie mcm sampah huhuhuhuhh

Mrs JZizan berkata...

JOM JOIN CONTEST NIE...
http://ineedtoblogmyself.blogspot.com/2011/05/blog-contest-contest-saya-nak-menang.html
Leh menang 300 rgt..hehehe..saje2 cuba...cik mai da join..

Tanpa Nama berkata...

Untuk berjaya rasanya selain mempunyai ilmu, kita kena pandai menggunakan ilmu berkenaan dan berani mengambil risiko atas apa yang kita lakukan.

Ada juga orang kata dalam dunia pekerjaan selalunya orang pandai bodek selalu untung kerana dia tau ambik kesempatan.

Bodek tak pijak kepala orang tak aper.

Link Within

Related Posts with Thumbnails