TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Selasa, 12 April 2011

Al-Fatihah - Cik Syuzila Said, Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Perlis meninggal dunia

Pagi ni sampai ja office mama terus buka email UiTM... Tak tau pasai pa tetiba teringat nak buka email awal2 pagi ni.... Selalu mama buka dalam pukul 10 pagi......

Dan berita yang cukup membuatkan mama terpaku sebentar.... Bila baca saja berita tentang pemergian seorang Pegawai  Eksekutif bahagian PJI.... Mama ingat2 lupa yang mana satu orgnya..... Mama call member bahagian pentadbiran bertanyakan hal ni.... Bila kawan mama bagi klu yang mana satu orgnya... baru mama ingat balik... bukan apa rasanya macam pernah bersembang.....

Biasa la kami kat sini kalau tak dak kursus atau perjumpaan apa2 mana nak kenal staf bahagian yang lain... nak pulak mama ni org baru kat UiTM ni....

Cik Syuzila ni meninggal pada 11 April 2011 (Isnin), jam 11.15 malam tadi akibat serangan jantung...... Menurut kata kawan mama Kak LIA.... Kak Syuzi ni semalam dia tengok macam letih dan tak bermaya.... banyak berpeluh dan tak banyak bercakap..... Mungkin itu petanda hari terakhir dia....

Mama tak nak cakap banyak perihal Arwah sebab mama tak berapa kenal rapat dengan dia..... cuma mama kenal2 gitu saja.....

Jenazah disembahyangkan di Masjid An-nur UiTM Perlis pada pukul 7 pagi tadi..... Kak Syuzi ni org Pasir Tuntong Jeram, Selangor..... dan mama dengar jenazah dah dibawa pulang ke Selangor....dan diiringi sejumlah staff yang mengenali beliau dengan menaiki bas UiTM....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para Solehin.

AL-FATIHAH

8 ulasan:

Miecyber berkata...

Al Fatihah...

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

akuanakpahang berkata...

Alfatihah dan takziah buat keluarganya.

Jejaka Desa berkata...

AlFatihah....

NzA berkata...

Al-Fatihah...
brapa umo arwah ni alimaz...

shida berkata...

alfatihah...dari Dia kita datang.. kepadaNya jua kita kembali

shyda said berkata...

al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah...
i know her..
she's too nice and workaholic:'(
btw,im uitm arau student~

Abd Razak berkata...

Moga Allah mengampunkan segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya...amin

Mr. Compared to nothing berkata...

Assalamualaikum,
Saya kenal dengan Kak Su. Beliau adalah kawan baik kepada kakak saya.
Saya, kakak dan isteri saya ada di rumah Kak Su menunggu jenazahnya tiba dari Kangar. Jenazah tiba kira² 1430hrs. Jenazah dalam keadaan baik. Wajahnya bersih, macam orang tidur. Saya turut bersama muslimin yang lain solatkan jenazah. Ibu Kak Su tiada waktu pemergiannya, kerana mengerjakan Umrah dan berada di Madinah pada ketika mendapat berita. Kak Su sangat baik. Kenangan terakhir bersama kami adalah pada 6 bulan 12 hari sebelum pemergiannya, pada hari perkahwinan saya di Perlis. Beliau membantu rombongan kami dari Klang. Kami menginap di rumah tamu UiTM Arau, walaupun kekurangan masa beliau sediakan sarapan pagi dan sama² menjadi wakil pengantin lelaki. Apabila saya menceritakan perihal kisah ini kepada abang beliau, air mata abangnya bergenang, mengenangkan adiknya yang sememangnya begitu, beliau memang suka membantu, lebihkan orang lain, teman², keluarga dan juga ibunya dari dirinya. Benarlah, diakhir zaman, orang baik, orang beriman, akan lebih dulu dipanggil Allah meninggalkan kita. Al-Fatihah untuk Kak Su.

Link Within

Related Posts with Thumbnails