TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 11 Februari 2011

Zebra Crossing.... TIGER CROSSING.....MERAK CROSSING ape2 je lah...

Suatu waktu dulu…..

“MAAATTT… …MAAATTT….” Jeritan kuat Tok Ketua menggegar pejabat. “Ye…ye encik.” Termengah-mengah Mat Setor datang menghadap ketuanya. “Ada apa, encik?” tanya Mat Setor. “Pergi ambil cat putih, bawa sini” arah Tok Ketua. “Cat putih, habis” jawab Mat Setor. “Hai, hari tu kan banyak dalam stor…” hairan Tok Ketua. “Habis dah, kita guna masa cat tanda jalan sehala” jelas Mat Setor. “Cat apa yang ada?” soal Tok Ketua. “Cat kuning, encik” jawab Mat Setor. “Kuning-kuning lah, pergi ambil, bagi pada orang tu, suruh cat jalan” suruh Tok Ketua. “Baik, encik” balas Mat Setor.

“Semuanya nak segera” rungut Tok Ketua.

Beberapa minggu kemudian….

“Encik…encik…” berlari Mat Setor mengejar Tok Ketua. “ Encik ada baca email pagi ni tak?” tanya Mat Setor. “Tak, kenapa?” soal Tok Ketua. “ Dia orang bagitau, cat jalan warna kuning tak sesuai lah, dia orang kata macam TIGER CROSSING..” cerita Mat Setor. “Aku agak dah…, mesti kena komen punya” balas Tok Ketua. “Mat, cat putih yang kita pesan tu dah sampai ke?” tanya Tok Ketua. “Belum lagi, supplier kata takde stok, tahun ni tahun arnab, banyak guna cat putih” panjang lebar penjelasan Mat Setor. “Warna-warna lain dah sampai, encik” tambah Mat Setor. “Mat, apa kata kita buat crossing tu warna warni” cadang Tok Ketua. “Cantiiiik…., bagus idea encik “ sanjung Mat Setor. “Kita namakan MERAK CROSSING… hmm..hmm., Mat, kau telefon kordinator bahasa, tanya burung merak dalam bahasa inggeris, panggil apa? pinta Tok Ketua. “Baik, encik” Mat Setor berlalu pergi.

“Tahun ni, ada harapan jabatan aku dapat anugerah inovasi terbaik” berkata dalam hati Tok Ketua.

(Sekadar menceriakan minda dalam kesibukan menjalankan tugas seharian}

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Email dari tok ayah jugak kalau tak silap.....baik punya...

14 ulasan:

atty's berkata...

tak dapat bayang kan kalo crossing tu warna warni.mesti cam ceria..bila nampak kita senyum je.

Jom baca: Senyum Lebar

NzA berkata...

bestkan jd bos....boleh arah2 je pekerja wat tugasan.....

Abd Razak berkata...

Best colorful...:)

fikaryna berkata...

hehe..mgkin ada harapan..:)

muñecas berkata...

lagi catik la klu tiger crossing..menawan gitu! haha

Sharinginfoz berkata...

itulah boss kan...

Mak Su berkata...

nak cat kat pantry ker tu? baik guna warna golden, earth tone... warna tema tahun arnab katanya :)

Miecyber berkata...

Kelakornyrr...Kekekeke..

Kedai online penjara Rusia

Jejaka Desa berkata...

Ni kala siak ngan airbrush lagi menarik gamoknye.

zulkbo berkata...

salam...
sayang pulak nanti
nak pijak..lawa sangat
he he..

NICK IRFAN berkata...

hahha merak crossing plak tp cantik jgk wrna wrni ni

sahromnasrudin berkata...

untungnya bos..boleh arah buat apa saja huhuhuhhuh

Sham berkata...

apa kata tahun ni buat pelangi crossing pulak...kuang3x...

CuTeMiUt78 berkata...

aaahhaaakkss.. juling mata tgk crossing belang2..

Link Within

Related Posts with Thumbnails