TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 21 Februari 2011

Sampai ajal kita tetap dijemputNYA kembali.....

Innalillahiwainnailaihirajiu'n....
Baru tadi Tok Didah call mama bagi tau anak Pak Ngah Chin (adik sepupu arwah tok wan mama sini Perlis panggil Chaq) yang tinggal kat Padang Lati Perlis meninggal.... Kalau dulu anak yang no 5 meninggal kerana kemalangan masa masih menuntut du UiTM Peneng .... dah masuk semester akhir....

Tapi kalini anak yang no 4 pulak meninggal dunia kerana sakit Kanser paru-paru... dah kronik.... tahap dah tak boleh diselamatkan lagi.... Kami panggil dia Abang Die.... Umur dia dalam lingkungan 35 tahun... Kesian dia meninggalkan balu dengan 4 org anak yang masih kecil.... Yang bongsu anak dia umur dalam 7 bulan....

Abang Die ni setiap kali raya pusa atau haji mesti datang bertandang kerumah melawat Tok Nyang Cewad..... Allah lebih menyayangi dia..... Pak Ngah Chin ada lima org anak... semuanya lelaki... Anak2 Pak Ngah Chin ni semua pandai2.... Tapi dah takdir Allah yang esa..... Anak no 5 dan diikuti anak yang no4 kini pergi mengadap ilahi....

Kesiannya anak2 arwah yang masih kecil.... masih belajar mengenali dunia..... Paling kesian yang berusia 7 bulan...... Masih tak mengenal dunia..... Takziah buat Pak Ngah Chin sekeluarga.. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Abang Die.... Semoga Abang Die ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Al-fatihah buat arwah....
-------------------------------------------------------------------------------------
* Bila sampai masanya kita juga akan dijemput oleh NYA....*

2 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Al-Fatihah.

Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan menghadapi ujian ni.

CuTeMiUt78 berkata...

alfatihah.. tuk arwah.. semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman

Link Within

Related Posts with Thumbnails