TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 28 Februari 2011

Maher Zain terus pikat peminat..... aku pun terpikat dengan lagu2nya..

 MAHER ZAIN mengikat silaturahim antara Lebanon dengan Malaysia melalui lagu kerohaniannya.


MAHER ZAIN dan Malaysia kini adalah satu ‘ikatan’ yang sinonim. Dalam tempoh enam bulan, Maher sudah dua kali berada di bumi Malaysia kerana sambutan yang cukup hangat di kalangan pencinta muzik ketuhanan yang semakin moden.


Alangkah indahnya kalau dapat tengok life consert dia.....  sapa tengok konsert dia.....



Penerimaan khalayak terhadap kacak penampilannya, merdu mendayu vokalnya memuji Allah yang dibalut dalam irama pop komersial menjadikan Maher satu fenomena luar biasa di Malaysia.

Justeru tidak hairan apabila Maher mampu memikat hati peminatnya dengan konsert dua hari berturut-turut yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu, sekali gus mengumpul lebih 12,000 peminatnya untuk ‘bersatu’ memuji Allah S.W.T dalam konsert tersebut.

Berpeluang membuat liputan pada hari pertama konsert Maher Zain Live In Concert berlangsung, kemunculan penyanyi kelahiran Lebanon itu sememangnya ditunggu-tunggu para penonton yang menanti seawal 6 petang bagi menyaksikan sendiri artis pujaan mereka dengan lebih dekat.

Bahkan, persembahan Maher dianggap mempunyai kelas tersendiri kerana turut diiringi barisan pemuzik orkestra antarabangsa yang menyajikan alunan muzik mengasyikkan.

Fenomena Maher Zain seakan tidak terpadam dalam memori peminat di negara ini malah aura Maher dibuktikan melalui kehadiran penonton daripada pelbagai peringkat umur walaupun harga tiket sekitar RM53 hingga RM297.

Dibawakan oleh In Team Records Sdn. Bhd. dan Fiero Sdn. Bhd. serta kolaborasi dengan pihak Awakening Entertainment, konsert berkenaan turut mempersembahkan Irfan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis dari Macedonia dan grup Nasyid tempatan, Inteam sebagai artis undangan.

Melenyapkan seketika ingatan terhadap persembahan pembukaan oleh Inteam yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Dia Muhammad dan lagu medley Kasih Kekasih, Nur Kasih, Rabiatul Adawiyah dan Setanggi Syurga.


GABUNG. Maher Zain bersama vokalis Padi, Fadly mendendangkan lagu Insha Allah.

Penonton terus dihidangkan dengan persembahan penyanyi bersuara halus kelahiran Pakistan, Irfan Makki menerusi tiga buah lagu Inggeris.

Namun, semuanya hilang seketika tatkala Maher melontarkan suaranya menerusi lagu Always Be There serta menyampaikan lebih daripada 10 lagu yang menjadi ikutan ramai.

Penonton juga seakan-akan terpukau dengan lelaki berusia 29 tahun itu apabila mereka mahu menyanyi bersama-sama menerusi lagu Ya Nabi Salama Alayka.

Bukan itu sahaja, Maher yang kini menetap di Sweden turut berduet dengan Irfan, Mesut dan seorang penyanyi Indonesia, Fadly.

Antara lagu duet tersebut adalah, Insha Allah, Allahi Allah Kiya Karo, Subhanallah dan La Ilaha Illallah.

Naskhah Palestine Will Be Free membawa audiens meratapi penderitaan penduduk Palestin yang masih dibelenggu masalah sehingga kini.

Gema suara Maher di dalam stadium terhenti seketika apabila dia memberi peluang kepada Mesut menyampaikan beberapa buah lagu yang tidak putus mendapat tepukan penonton.

Kemunculan semula Maher mendapat tepukan gemuruh apabila dia menyampaikan lagu istimewa berjudul Freedom yang belum dipersembahkan di mana-mana tempat sebelum ini.

Naskhah Freedom mengisahkan konflik yang berlaku di beberapa negara Arab baru-baru ini seperti Tunisia, Mesir dan Libya apabila rakyat mahukan kebebasan.

For The Rest of My Love menjadikan ruang stadium tertutup gamat kerana sudah tentunya, lagu tersebut dinantikan dan menjadi pilihan terutama buat lelaki yang sudah berkahwin.

Kemudian Barakallah dan Insha Allah (versi Melayu) mengambil alih suasana dengan tepukan gemuruh daripada penonton yang turut menyanyi malahan mereka tidak berganjak dari tempat duduk.

Seperti enggan melepaskan Maher pergi, para penonton dinyanyikan kembali dengan beberapa lagu popular sebagai persembahan terakhirnya seperti Freedom, Insha Allah dan For The Rest of My Love.

4 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

lagu dia mmg best semuanya kan..dh tu, smpai anak2 kecik pun sama2 terikut..^_^

NzA berkata...

lagu2nya mmg best n trbaik.....

CuTeMiUt78 berkata...

best gak kan lagu2nya..

azieazah berkata...

Suatu fenomena yang diharap berlangsung untuk beberapa lama... Jangan hanya seketika.

Link Within

Related Posts with Thumbnails