TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 23 Februari 2011

Acara tumbuk sambal belacan serentak berlangsung di Perlis Ahad ini.

KANGAR, 22 Feb (Bernama) -- Sebanyak 1,000 peserta disasarkan menyertai acara tumbuk sambal belacan secara serentak sempena 'Pesta Angin Timur Perlis di Bendang' yang akan berlangsung di kampung Banir Tembus, Simpang Empat dekat sini Ahad ini.

Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Mohd Rizal Ismail berkata penyertaan masih dibuka kepada orang ramai yang berumur lebih 13 tahun untuk menyertai acara yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records itu.

Penyertaan dibuka sehingga 5.30 petang 24 Feb ini untuk memberi ruang lebih ramai peserta menyertai acara yang menarik itu.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis dengan menelefon Faizal Fuad 017-4152884 atau Lee-Yau a/p Chun di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Perlis melalui telefon 012-5683756.

Beliau berharap kakitangan jabatan dan agensi turut menyenaraikan kakitangan mereka sebagai peserta acara itu dan setiap peserta dikehendaki membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan sambal belacan akan dibekalkan oleh urusetia acara itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati persiapan sedang rancak dijalankan bagi menjayakan pesta selama dua hari anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.

Pesta itu akan dirasmikan bersama oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

-- BERNAMA

5 ulasan:

dinor's family berkata...

walaupun hmpir 11 thn dok kl. sambal belacan tetap d hati, tmbah2 lg d tumbuk bru real....

Unknown berkata...

pelik tumbuk sambal pun ada pertandingan jgk? hehe mcm2 skrg ni

Azmiezas berkata...

uiii..ramainya yg nak tumbuk sambal belacan..mesti meriah kan??..
tapi jgn sampai cabai masuk mata sudah la...kikiki

Abd Razak berkata...

Salam..

Waduh...tak nak sertai ker?

Relevan berkata...

Kalu dekat boleh join ni..

Link Within

Related Posts with Thumbnails