TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Isnin, 20 Disember 2010

Jawatan Kosong UiTM Perlis. Syarat Lantikan

1.                   JURURAWAT MASYARAKAT (GRED U19)

 

(a)           (i)            Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan                                            

 

(ii)           Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia;

                (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: P1T7).

dan

(b)           lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Atendan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)              mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas.

 

2.                   PEMBANTU MAKMAL (GRED C17)

 

(a)           Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut;

 

dan

(b)           lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

3.                   PEMBANTU TADBIR (GRED N17)

 

  (a)       (i)              Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan                                            

                (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1); atau

 

(ii)             Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau

 

(iii)            Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

                (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); atau

(iv)            Sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9). 

                dan

(b)       kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

            (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

 

 

4.                PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)

 

       (a)       (i)                Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh         kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat  peperiksaan tersebut; ATAU

 

(ii)             Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan  (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); ATAU

 

(iii)          Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi    (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); ATAU

 

(iv)          Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);

 

dan

(b)                 kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

 

5.                   JURUTEKNIK (GRED J17)

 

(a)           sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik           tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9).

 

dan

(b)           lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (temasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil   Pelajaran Malaysia atau  kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

6.                   JURUTEKNIK (BIDANG : PERTANIAN)(GRED J17)

 

 

 

(a)                 Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik  tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

       (Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9);

 

(b)                 lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

NOTA :  

Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki sijil dalam bidang Kejuruteraan  Pertanian.

 

7.              PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)

 

(a)           (i)   Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang                                                 diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU

 

(ii)           bekas Konstabel Polis DiRaja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

 

(b)           mempunyai syaratsyarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

 

(i)                   tinggi sekurangkurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa  bersepatu;

 

(ii)                 berat badan sekurangkurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg. bagi wanita;

 

(iii)                mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya 79sm semasa menarik            nafas 84 sm (lelaki sahaja);

 

(iv)                 lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan  dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN

 

(v)              pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

 

dan

(c)           calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)           (i)            mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; ATAU

(ii)           lulus Peperiksaan Khas.


 

8.                      PEMANDU (GRED R3)

 

(a)           (i)            tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

 

(ii)           memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

 

(iii)          berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yangdiliputi oleh skim perkhidmatan ini.

 

Gaji permulaan ialah pada Gred R3 :

 

Lesen D              P1T3

Lesen E/E1/E2 P1T4

Lesen F/H          P1T5

Lesen G/I            P1T6

dan

(b)           berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

 

(a)                 mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) dan (iii) di atas

 

9.                   PEKERJA AWAM KHAS  (GRED R3)

 

(a)           (i)            tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; DAN

 

(ii)           berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

                                (Gaji permulaan ialah pada Gred R3:P1T2)

dan

(b)           berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam dalam bidang berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a)                    mempunyai kelayakan di perenggan (a) (ii) di atas.

2 ulasan:

MOH KEMBARA berkata...

Salam, Banyoknyer koje kosong! Sapa nok koje silakan!

wany berkata...

salam.. camane nk apply.. online.. or manual form

Link Within

Related Posts with Thumbnails