KUALA LUMPUR - Melihat seorang kanak-kanak lelaki (gambar) yang berumur sekitar tiga tahun sudah berani menaiki bas pasti mengundang takjub kepada orang ramai.
Namun timbul persoalan siapa ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang begitu cuai melepaskan anak mereka berbuat demikian.
Itulah yang berlaku terhadap seorang budak yang dijumpai oleh seorang wanita berumur 40 tahun ketika dia menaiki sebuah bas menuju ke ibu kota semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut curiga apabila ternampak kelibat seorang kanak-kanak memegang botol susu yang kemudian menaiki bas yang berhenti di Flat Seri Sabah, Cheras di sini.
Atas dasar prihatin, wanita itu memanggil budak terbabit duduk bersamanya sebelum dia menghubungi polis.
Apabila sampai di Plaza Kota Raya di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita itu membawa kanak-kanak terbabit ke Balas Polis Tun H.S Lee di sini untuk membuat laporan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
*anak kami jangan ka naik bas ...nak main kat luar rumah pun abah ...akan pastikan ada orang dewasa...tok atau tok wan depa.....*
10 ulasan:
mugkin dok main2 pastu bas berenti dia pun naik la.. mak bapa mesti tak tau ni..
Budak budak zaman sekarang..
kina ada baca kat paper tadi.kecian kan? sape lah mak bapak budak nie. dah la budak 3 tahun. lain la budak tahun 3..blh la tahan lagi. adesss....
ya allah ..mana le mak bapak budak nie.risau..
kty pun fir nak main kan luar..susah nak kasi.masa kecik dulu .skrg umur 7 thn ..dia sendiri lak dah pandai nak mintak main kat luar..
alhamdulliah anak dah sehat balik..
kensel nak gi jejalan ke utara cuti seolah ni..takut terperangkap dalam banjir..kang haru di buatnya
isshhh.. umuq sebaya mirul tu.. dah dibiarkan naik bas... ish.. mak pak dia tk cri ke..
Macamanalah emak bapa budak ni boleh cuai sehingga anak lepas naik bas. Nasib baik ada yg prihatin bawa ke balai polis.
ish2... bahaya selamat x kena culik...
kita pun tak tahu masalah keluarga mereka .. saya sendiri pun pernah terleka semasa shopping, sampai anak hilang. akhirnya jumpa semula. tetapi panik juga dibuatnya.
saya ingatkan dia bersama isteri dan sebaliknya. budak-budak sekarang ni bila masuk shopping kompleks, bukan main liar. langsung tak takut.
saya tak punya orang gaji, tok atau tok wan untuk di minta menjaga.
Nasib baik dijumpai orang yang bertanggung jawab
Catat Ulasan