Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”
TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA
Khamis, 16 September 2010
Sos punca penyakit kronik
GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.
Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.
Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.
Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.
Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
jgn guna mcm gambar 2 dah le..
dah tamat tempoh..
salam,
ibu bapa kena peka mengawasi pemakanan keluarga agar terhindar daripada bahaya akibat salah pemakanan..
salam..
ermmmp..berhati2 lah kita
yek?macam2 sekarang ni...
Eid Mubarak Kullu Am Wa Antum Bikhair
Ampun dan maaf andai ada kesalahan
di antara kita...
Kat rumah berjenis sos ada...
Patut la orang sekarang cepat dpt penyakit berbanding dgn org zaman dahulu...
Catat Ulasan