TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Rabu, 22 September 2010

Resepi Satay Goreng

First time posting resepi .... Layan jer la... sesapa nak akan nasik himpit dengan satey goreng setiap hari raya pertama mai la rumah... ada punya la..


BAHAN-BAHANNYA:

1 kg daging lembu atau ayam - isinya sahaja dan dihiris nipis

150 gm gula pasir

150 gm gula merah

Timun - dipotong nipis

Bawang besar - dihiris

Ketupat/nasi impit secukupnya - dipotong dadu

Minyak secukupnya - untuk menggoreng


BAHAN KISAR:

5 biji bawang putih

1 inci halia

3 batang serai

1/2 inci lengkuas

1/2 inci kunyit hidup atau 2 s/t serbuk kunyit


BAHAN REMPAH:

5 s/b ketumbar

1 s/b jintan kasar

1 s/b jintan halus


CARA-CARANYA:

Sangai bahan rempah dan dikisar halus.
Gaulkan kesemua bahan kecuali timun, bawang besar, ketupat/nasi impit dan minyak dengan daging atau ayam, kemudian perapkan selama 5 jam atau lebih.
Setelah itu, gorengkan daging atau ayam dengan minyak yang banyak sehingga garing, angkat dan toskan.

1 ulasan:

nieda berkata...

sedapnya satay grg

Link Within

Related Posts with Thumbnails