IPOH - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam.
Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.
Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya.
Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
*apa cerita nie....pastikan anda ....tahu dimana anak kecil bermain...pastikan persekitaran selamat.....*
3 ulasan:
Jangan mudah alpa dgn bebudak kecik ni..depa main memang tak sedaq habaq pun..apa lagi nak memikio ttg bahaya..
Ya Allah..macam2..sian betul..
Salam bertandang seperti
selalu..moga sihat la yek?
aduhai kesiannya kat arwah..
AL-Fatihah..
Catat Ulasan