Gambar hanya ilustrasi yang diambil dari gugel....
Menurut satu hadith Rasulullah......menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Wallahua'lam...... Ada sesiapa tahu tentang hadis ni.... tolong betulkan kalau saya tersilap....
10 ulasan:
terima kasih kerana sudi berkongsi info bersama :)
salam zila..thanks 4 sharing..bertambah ilmu pengetahuan pagi ni.. :)
Time kasih atas info ni....
eemmm pernah gak terbaca pasal hadis ni.. apapun thanks for info
mmg ada benarnya... malahan kajian roh adalah amat sedikit untuk kita tapi kita tak boleh terus kata tidak...thanks
Terima kasih sbb sudi berkongsi info yg sangat menarik..
sedih nyer kat roh yg tak dpt pulang tu..hrap2 roh ayah kte dpt balik...
salam ramadhan ..
salam...tq bagi info..
arnab memang cepat membiak..kalau kamu sembelih pastu goreng ..boleh telan tak?
salam,
tq sharing.. seronok baca ilmu sebegini
semoga sihat2 dan dirahmati Allah swt selalu, amin
Catat Ulasan