TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Ahad, 29 Ogos 2010

Cari salah orang....



Saman pengeluar kerana ketagih mainan komputer

HONOLULU - Seorang hakim persekutuan di Hawaii semalam membenarkan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Craig Smallwood menyaman sebuah syarikat pengeluar Korea Selatan kerana menyebabkannya ketagih permainan komputer.


Hakim daerah Alan Kay berkata, lelaki berusia 51 tahun itu berhak meneruskan saman terhadap NCSoft Corp. yang mengeluarkan permainan Lineage II sehingga menyebabkan mangsa ketagih bermain lebih 20,000 jam sejak 2004 lalu.

Keadaan itu mengakibatkan dia terpaksa bergantung hidup kepada permainan tersebut serta gagal menguruskan diri seperti tidak mampu lagi berpakaian, mandi, berbual dengan keluarga dan rakan seperti kebiasaannya.

Mangsa mendakwa, firma komputer itu tidak pernah mengeluarkan amaran bahaya ketagihan secara psikologi akibat daripada permainan tersebut. - AP

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*macam-macam dicari untuk menyalah orang lain ...mat 'putih' nie.....sapa suruh main sampai tak ingat dunia.......worsiuuu,,,,,*

3 ulasan:

relevan berkata...

Naya saja pengeluar games itu..yang p ketagih main games tu buat apa..hehe!

Luqman Al- Hakim Bin Foaad berkata...

assalam.
suke la pak putih tuh..
dah la maen game x hengat dunia..
dapat lagi duet saman..
huhuhu..

maiyah berkata...

salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Link Within

Related Posts with Thumbnails