TeRiMa KaSiH PeNgIkUt SeTiA

Jumaat, 11 Jun 2010

Kemalangan ka rosak entah la....

Salam..... selamat pagi bagi yang bukan muslim.... Ok ni perihal pagi semalam berdekatan simpang Pokok Petai Mata Ayer...

Semalam mama dengan abah pekena nasik kandar Pokok Petai... Sampai saja didestinasi abah cakap apasal trailler ni merentang jalan.... Mama tak nampak sebab lindung lori yang kat depan ni....

Macam-macam hal yang selalu jadi kat simpang ni... Tahun lepas Lori besar bawa simen kalau tak silap ...rempuh kedai yang ada ditepi-tepi jalan tu.....

Biasa la semenjak projek Double Rail...Projek Sekolah Menengah Oran dan Projek fly Over dijalankan di Mata Ayer ni macam-macam jenis trailer yang lalu.... 

Semua yang lalu tu besar-besar dan laju.... Ngeri la bila setiap kali kami lalu ikut jalan Mata Ayer untuk menghantar askar-askar kesekolah... Bayangkan bila kereta kami yang kecil berada di depan trailer  dan trailer yang besar dan panjang berada dibelakang kami....

Seremmmmmm.... Untuk pengetahuan kalian kami dah biasa xcden dengan bas..... Bas melanggar belakang kereta... Masa tu kami dalam perjalanan untuk menghantar askar-askar kerumah mak mama. Masa tu askar2 masih belum bersekolah.... Kalau tak silap mama tahun 2008 bulan Mac 18 haribulan...

Nasib baik askar2 tak ada apa-apa... Cewad masih kecil masa tu dan mama pun mmg baru lepas pantang (baru lepas cuti 2 bulan) ..... Cewad terpelanting kebelakang..... Nasib baik tiada apa yang berlaku.....

 Semenjak dari hari itu mama dengan abah cukup takut bila berada di hadapan trailer atau bus....


6 ulasan:

myQza berkata...

nak keluar sempang taklepas kot tu

attyfir berkata...

tu lah kan ..kalo kita penah terbabit ngn accident..kita mesti trauma.sama ar ngn kty gak.

zan xray berkata...

tak kira kecik besar kenderaan kita, kalau dah kena mmg trauma huhu.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

akak pun sama, takut ikut kenderaan berat ni dekat dekat.cam tempat akak, dorang bukan tahu bawak slow.

Relevan berkata...

Sangat berbahaya kepada lalulintas bila kejadian begini berlaku..

aiDieNa berkata...

Memang seriau biler berselisih ngan kenderaan berat nie.. kengkadang dorang nie bukan nak pk kita... drive ikut suka jer.. maklum ler.. besarrr...

Link Within

Related Posts with Thumbnails